in

Lelaki ini Tunai Impian Jelajah Semenanjung Malaysia Selepas Disahkan Menghidap Kanser

Zaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang tahu, penyakit kanser masih belum ada penawarnya. Cuba bayangkan perasaan seseorang yang secara tiba-tiba diberitahu menghidap penyakit kanser.


Image Result For Sad And Shock Gif

Kanser adalah satu penyakit yang sangat sangat serius, selalunya ia akan menyebabkan kemurungan, lemah semangat dan tekanan yang kuat pada pesakit. Lebih lebih lagi jika mereka tahu berapa lama lagi jangka hayat mereka untuk hidup.

Tetapi tidak bagi Zaki Bijak, beliau menerima berita itu dengan hati terbuka dan positif. Pada beliau, kanser bukan satu penghalang untuk mencapai impiannya yang tercipta sejak dua tahun lalu selepas disahkan menghidap kanser darah pada Julai 2014. Beliau memasang impian untuk menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa “kanser bukan tiket untuk mati”.

Penjelajahan Zaki bermula di Pahang (Jerantut-Maran-Kuantan) pada 27 Ogos lalu dan akan berakhir pada 8 September ini. Difahamkan kini, Zaki sudah sampai di negeri ke 8 dalam misi penjelajahannya, Selangor dan membuat rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan Ampang

14218110_1203452176343425_318540727_N

Kanser11

Kanser10

Kanser7

Apa yang uniknya, Zaki memulakan penjelajahan beliau dengan hanya berbekalkan RM13 dan kini setelah lebih 1000km beliau menjelajah, RM13 tersebut masih belum digunakan. Anda tertanya macam mana boleh jadi macam tu?

Untuk perjalanannya dari satu tempat ke destinasi lain, Zaki menggunakan konsep hitch-hiking (sangat popular di luar negara) ke serata tempat secara backpacking.

Pada mulanya beliau memasang niat untuk menjelajah ke luar negara kerana konsep sebegitu dianggap janggal di Malaysia. Namun akibat kekangan tahap kesihatan beliau dan kewangan, Zaki terpaksa membatalkan niat tersebut dan hanya menjelajah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kanser5

Lagipun, beliau sangat beruntung kerana sepanjang perjalanan, beliau diketemukan dengan pelbagai jenis orang tidak kira agama dan bangsa yang membantunya seikhlas hati.

Selain bantuan menumpang kereta untuk ke destinasi seterusnya, Zaki juga dapat sokongan dan bantuan makanan serta tempat tinggal dari penduduk setempat. Ada seorang operator feri siap sponsor tiket Zaki dari Langkawi ke Pulau Pinang. Cool!

Kanser6

Kanser19

Kanser16

Kanser17

Kanser18

Misi penjelajahan beliau ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tidak berputus asa dalam hidup khususnya untuk pesakit kanser supaya melawan penyakit.

Kanser4

Kanser3

Kanser2

Kanser9

Apa pun yang sedang Zaki lakukan sekarang, semoga beliau sentiasa selamat dan berjaya tamatkan misi penjelajahan ini 😀 #CancerFighterMalaysia #CancerBukanTiketUntukMati #ZakiBijak

Kanser14  Kanser15

Image Result For You Can Do It Gif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.