in

Lelaki Ini Bina Kilang ‘Ternakan’ Lipas, Raih Keuntungan Jutaan Ringgit Setiap Tahun

Ft Lipas Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut je nama lipas, sudah pasti ada yang takut dan geli apabila membayangkan rupa serangga perosak ini gara-gara sifatnya kotor dan gemar membiak di kawasan-kawasan yang kotor dan menjijikan.


Apabila terserempak, sudah pasti korang akan ‘menggelupur’ cuba menghalau keluar atau membunuh serangga ini bukan?

Selagi tak dapat, selagi tu la hidup tak tenteram. 

Tapi apa pula pendapat korang kalau terdengar ada juga orang yang sanggup membela dan siap membina tempat khas lagi khusus untuk membiakkan lipas-lipas ini?

Hah, kalau korang nak tahu, lipas bukan sahaja mendatangkan keburukan dan kerosakan sahaja tau, tetapi boleh juga mendatangkan pendapatan sehingga mencecah jutaan ringgit.

 

‘Bela’ 1 bilion lipas, untung jutaan yuan

Seperti seorang lelaki dari wilayah Shandong, China ini, dia telah ‘membela’ sebanyak lebih daripada 1 bilion lipas sebagai sebuah perniagaan yang mendatangkan keuntungan sebanyak jutaan yuan setiap tahun!

Feat Lipas

 

Lipas untuk makan makanan terbuang

Ahli perniagaan yang berusia 53 tahun ini telah membina sebuah kilang lipas yang dikenali sebagai Syarikat Li di sebuah perkampungan di luar bandar Jinan, dimana dia telah membiakkan lebih daripada 1 bilion lipas untuk melupuskan sisa-sisa makanan terbuang daripada restoran-restoran berhampiran.

Menurut ABC News, kilang yang berkeluasan 1,800 meter persegi itu telah dibahagikan kepada beberapa bahagian yang dilengkapi dengan sistem perpaipan yang membolehkan sisa makanan terbuang yang dikumpulkan daripada restoran disalurkan ke kawasan ‘ternakan’ lipas untuk dimakan.

Bukan itu sahaja, disebabkan lipas gemarkan kawasan pembiakan yang gelap dan sejuk, maka lampu-lampu tidak dipasang manakala suhu tempat tersebut pula kekal pada suhu 20 darjah celsius.

Feat Lipas 2

 

60 bilik yang mengandungi 20 juta lipas

Terdapat sebanyak 60 bilik kecil disediakan. Setiap satu daripadanya membiakkan sebanyak 20 juta lipas!

Aduhai, kalau min, mahu menggelupur masuk kilang ni.  

Setiap hari, mereka (lipas) boleh makan sebanyak 50 tan sisa makanan terbuang. 

Menurut ketua projek tersebut, Li Yanrong, tujuan mereka membiakkan lipas dalam kuantiti yang besar ini adalah untuk mengurangkan masalah pencemaran gara-gara sisa makanan yang terbuang.

Kami boleh menyediakan protein yang dapat memberi manfaat kepada keseluruhan sistem ekologi. 

 

Kurangkan masalah pencemaran dan agrikultur

Mereka dikatakan telah membuat kajian mengenai kegunaan lipas selama 6 tahun. Melalui kajian tersebut, lipas yang dibiakkan itu bukan sahaja dapat mengurangkan masalah pencemaran sisa makanan terbuang, malah boleh juga digunakan dalam sistem agrikultur.

Lipas biasanya boleh hidup sehingga 11 bulan, setelah ia mati, maka lipas tersebut akan diberi makan kepada haiwan ternakan (ayam). Ianya sangat membantu bukan? 

Lipas Ayam

 

Lipas dimakan pula haiwan ternakan

Pembiakan lipas ini juga dapat meningkatkan kualiti haiwan ternakan apabila makanan haiwan yang sebelum ini dilengkapi dengan antibiotik ditukar kepada makanan yang lebih organik dan penuh dengan sumber protein yang baik bukan sahaja kepada haiwan, malah kepada tanah.

Kini, haiwan ternakan yang turut dibela di ladang lipas itu terdiri daripada khinzir, itik, ayam dan kambing yang diberi makanan yang telah dicampurkan dengan lipas yang kaya dengan pelbagai nutrisi.

Selain itu, parit kecil turut dibina di sekeliling ladang ternakan. Dalam parit tersebut pula dibela ikan yang akan ‘membaham’ lipas-lipas yang terjatuh ke dalamnya.

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan lipas-lipas ini ‘melarikan’ diri dan menimbulkan ‘kekecohan’ di kawasan yang berhampiran.

Lipas Kolam

Atas darat kena ‘baham’ dengan ayam, dalam air kena ‘ngap’ dengan ikan pulak. 

Tambahnya, penggunaan serangga tidak lagi asing apabila ianya kerap digunakan di seluruh dunia. Sebagai contoh, Australia telah menggunakan kumbang tahi untuk melupuskan sisa buangan lembu ternakan.

 

Masalah pembuangan sisa makanan

Menurutnya, masalah pembuangan sisa makanan menjadi masalah utama di kebanyakan negara. Menurut laporan Organisasi Makanan dan Agrikultur Amerika Syarikat, dianggarkan sebanyak 1.3 bilion tan makanan telah dibazirkan di seluruh dunia setiap tahun.

Di China sahaja, sebanyak 67.5 juta tan sisa makanan dibuang setiap tahun menurut pakar daripada Institusi Sains dan Pembangunan di Akademi China dalam sebuah conference yang diadakan di Beijing pada September yang lepas.

Ujar Li, dia berpendapat bahawa poses perladangan dengan memberi sisa makanan untuk dimakan oleh lipas-lipas ini adalah sangat berkesan dalam memastikan kitaran ekosistem dunia kekal terjaga.

Ada sesiapa teringin nak melawat kilang ni?  

Baca: “Tempat lipas, cicak, tikus membiak”- Jijik! Kilang Kicap Diserbu, 20 Tahun Beroperasi Guna Tanda Halal Tak Sah Baca Lipas

Sumber: ABC News
Sumber: ABC News
Sumber: ABC News
Sumber: ABC News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.