in

Lelaki Ini Beri Ular Peliharaan Makan Kucing, Siap Ada Stok Untuk Sebulan!

Cats 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Haiwan peliharaan boleh dianggap sebagai keluarga kerana mereka menetap bersama kita di dalam rumah. Kadang-kala, penat seharian bekerja boleh hilang selepas melihat telatah comel haiwan yang dibela.


Antara haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan ialah kucing, anjing, hamster dan ikan. Namun, masih ada beberapa pihak yang gemar untuk membela haiwan pemangsa seperti ular dan kala jengking.

Bercerita tentang ular, baru-baru ini tular di laman Facebook apabila seorang lelaki secara terang-terangan menjadikan kucing sebagai makanan kepada ular yang dipelihara.

1 16

Isu ini dikongsikan oleh Kelab Pencinta Kucing Malaysia (KPKM) dalam satu hantaran semalam. Menurut gambar yang dimuat naik, jelas beberapa tangkap layar berkenaan seorang individu yang menyimpan kucing untuk santapan ular.

Individu tersebut dipercayai berasal dari negara seberang, jika dilihat berdasarkan penggunaan bahasa yang digunakan. Lebih kejam, individu tersebut ada memuat naik gambar kucing-kucing yang disimpan dalam satu tempat. Jelasnya, itu adalah stok untuk santapan ularnya selama sebulan.

2 10

Hantaran ini telah mengundang kemarahan pencinta kucing yang lain. Rata-rata komen mengeji tindakan lelaki itu yang dilihat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Bagaimanapun, akaun Facebook individu tersebut tidak berjaya ditemukan meskipun selepas pelbagai cubaan carian telah dibuat.

Semoga nasib kucing-kucing jalanan di luar sana terpelihara dan dijaga dengan baik oleh penduduk setempat.

 

Sumber: Kelab Pencinta Kucing Malaysia

 

BACA: Lelaki Ini Temui Anjing Malang Di Lebuhraya Karak, Leher Diikat Dengan Dahan Kayu

Cats 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.