in

Lelaki Ini Temui Anjing Malang Di Lebuhraya Karak, Leher Diikat Dengan Dahan Kayu

Cats 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belakangan ini, banyak kes yang dilaporkan melibatkan kekejaman manusia terhadap haiwan. Lebih menyedihkan, haiwan yang diseksa tidak mempunyai kudrat untuk mempertahankan diri daripada manusia durjana.


Terbaru, seekor anjing jalanan ditemui dalam keadaan lehernya diikat dengan dahan kayu, dipercayai dianiaya oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

5

7

Video yang berdurasi selama tiga minit lebih itu melihatkan seorang lelaki, Nahur Omar menemui seekor anjing jalanan di sisi jalan Lebuhraya Karak.

Berdasarkan video yang dimuat naik, kayu yang berukuran lebih kurang satu meter itu telah menyukarkan pergerakan anjing jalanan tersebut, membuatkan ia hanya berdiri di tepi jalan.

Kasihan dengan nasib anjing malang itu, lelaki ini cuba meleraikan ikatan pada lehernya namun menemui jalan buntu memandangkan kayu tersebut diikat dengan dawai besi. Lebih menyedihkan, kesan luka dan darah terlihat pada leher anjing itu.

9

Beberapa minit selepas itu, beberapa orang awam termasuk sekumpulan geng basikal berhenti menghulurkan bantuan. Ikatan dawai besi itu akhirnya berjaya dipotong apabila seorang lelaki yang menaiki motosikal mempunyai pisau lipat dalam simpanannya.

3 4

Dunia kini sudah hampir memasuki tahun 2021, namun masih ada lagi manusia yang tergamak menyeksa haiwan.

Video penuh:

Posted by Nahur Bhai on Saturday, December 19, 2020

 

BACA: Anjing Dirogol Bergilir-Gilir Oleh Sekumpulan Lelaki, Mati Lepas Ditikam 30 Kali

Capture 27

Sumber: Nahur Bhai
Sumber: Nahur Bhai
Sumber: Nahur Bhai
Sumber: Nahur Bhai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.