in

Lelaki Gersang Gesel Dada Pada Badan Pelajar Perempuan, Sebelum Duduk Di Satu Sudut Dan Tersenyum.

Featured 10

Kepada golongan wanita di luar sana berhati-hati jika korang berada di luar lebih-lebih lagi jika korang bersendirian. Sekarang ni kat mana-mana pun tak selamat, tak kisah lah kalau korang di tempat yang ramai orang atau pun tak.

 

Lelaki gesel dada pada badan pelajar perempuan sebelum…

Seperti yang dikongsikan seorang pengguna twitter ni apabila dia memuatnaik rakaman video mengenai seorang lelaki yang menggeselkan badannya pada badan seorang pelajar perempuan di satu kedai makan.

1 3
Sumber : mstar

Memetik sumber mStar, dalam rakaman video berdurasi 9 saat menunjukkan seorang pelajar perempuan berdiri di tepi meja makan, kemudian ada seorang lelaki berjalan ke arahnya sebelum menggesel dadanya ke bahu pelajar perempuan tersebut.

Beberapa pelajar lain yang semeja dengan pelajar perempuan tersebut turut terkejut dengan perlakuan lelaki itu yang datang secara tiba-tiba dan buat perkara tak senonoh tersebut.

Dah Report

Bagaimanapun pengguna twitter tersebut dah pun delete video itu bagi menghormati keputusan keluarga pelajar perempuan tersebut yang mahukan video itu dikeluarkan dari twitter.

Tapi cerita tu tak habis lagi, menurut pengguna twitter tersebut selepas kejadian gesel tu berlaku, lelaki itu duduk di satu sudut dan memandang ke arah kumpulan pelajar perempuan itu sambil tersenyum.

2 4
Sumber : mstar

Apa lah agaknya yang lelaki tu fikir, dengan pelajar sekolah pun boleh dah lah kat tempat awam pulak tu..scaryyyy~

Baca : Jasad di depan mata, mengalir air mata ayah Netizen Sebak Lihat Pelajar Giat MARA Meninggal Dalam Dakapan Ibu Bapa

Jasad