in

Viral Gambar Lelaki Pakai Gelang Pink & Tak Pakai ‘Face Mask’ Isi Minyak Kereta, Ini Penjelasan Polis…

Ft Gelangpink 1

Polis telah menahan seorang lelaki yang memakai ‘gelang pink’ tanpa pelitup muka di sebuah stesen minyak di Bentong. Kejadian itu berlaku di Batu 11, Bentong jam 2 petang semalam dan gambar menunjukkan lelaki itu sedang mengisi minyak sebuah kereta tular di media sosial selepas dirakam oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, polis telah membuka kertas siasatan terhadap lelaki itu dan kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang boleh merebakkan penyakit dan Seksyen 17 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Gelang

Siasatan awal polis mendapati lelaki terbabit dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bentong untuk memotong gelang pengawasan berwarna merah jambu namun kereta lelaki terbabit kehabisan minyak.”

Laporan polis telah dibuat terhadap lelaki terbabit kerana tidak memakai pelitup hidung dan mulut di tempat awam berdasarkan gambar yang tular.”

Menurut Kosmo, jika sabit kesalahan, lelaki berusia 25 tahun itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dikenakan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Baca: “Masuk kedai pakai helmet je” – Lelaki Pakai Gelang Pink Selamba Pergi Kedai Tak Pakai Mask & Tak Scan MySejahtera

Collage 18

Sumber: Kosmo!