in

Lelaki ‘Gebang’ Kehilangan 14 Ahli Keluarga Kerana Covid-19, Berjaya Dapat Sumbangan RM91,000

Tipu 14 Ahli Keluarga Meninggal Kerana Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan ahli keluarga akibat wabak Covid-19 adalah satu perkara yang sangat menyedihkan dan bukanlah satu hal yang main-main. Namun tidak sangka pula ada pihak yang menggunakan kisah begini demi meraih keuntungan.


Menurut Harian Metro, seorang pekerja kontraktor Petronas Pengerang telah ditahan polis selepas disyaki menyebarkan berita palsu kononnya telah kehilangan 14 ahli keluarga akibat Covid-19.

Kisah yang tular di media sosial itu mendakwa bapa kepada 8 anak terbabit berdepan dengan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga sejak Jun lepas hingga bulan ini. Dia dikatakan kehilangan isteri dan 3 anak pada Jun dan Julai lalu.

Padah Reka Cerita 14 Ahli Keluarga Jadi Korban Covid 19 Pekerja Kontraktor Petronas Ditahan Polis 1.Jpg

Kemudian pada 2 September lalu, dia mendakwa pula kehilangan 5 orang anaknya lagi termasuklah ibu, kakak dan abang ipar serta dua anak mereka turut meninggal dunia.

Mesej yang tular itu juga katanya memuatkan nombor akaun lelaki itu bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan.

Susulan ‘kisah sedih’ itu, lelaki terbabit katanya telah meraih sumbangan sebanyak RM91,000. Uish banyak! 

 

Hadir balai untuk buat ‘cover report’ tapi ditahan polis 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, lelaki yang berusia 45 tahun itu ditahan polis ketika hadir sendiri ke Balai Polis Bayu Damai dipercayai untuk membuat laporan bagi melindungi dirinya.

Hasil maklumat dan siasatan mendapati suspek menyebarkan berita palsu bagi mendapatkan sumbangan derma sejak Jun lalu.

“Suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun, denda dan sebat juga boleh dikenakan,” katanya.

Petronas pada masa yang sama menafikan dakwaan pekerja kontraktornya kehilangan 14 orang ahli keluarga.

Whatsapp Image 2021 09 05 At 9.46.48 Am

Pihak polis mengingatkan orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya membuat sumbangan derma supaya tidak menjadi mangsa scammer.

Haish bab kematian pun boleh dibuat main ye! Sebaiknya selidik dulu sebelum ingin menyumbang.

Baca: Malaysia Dijangka Catat Kematian Covid-19 Sebanyak 26,000 Menjelang September – Kajian

Kematian

 

 

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.