in

Lelaki Dipenjara 7 Tahun & 3 Sebatan Selepas Didakwa Paksa Isteri Melacur Demi Lunas Hutang

0987 1

Jadikan isteri sebagai pelacur demi kelangsungan hidup dan bayar hutang, lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

Lelaki jadikan isteri ‘pelacur’ demi lunas hutang

Menurut Harian Metro, lelaki berkenaan difahamkan telah hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan seorang wanita berusia 35 tahun yang turut merupakan seorang isteri kepada lelaki itu.

Mengikut fakta kes yang dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Pilah, pihak yang terlibat pada masa itu menjalankan Ops Pintas dan berjaya menahan tertuduh serta menyelamatkan mangsa di sebuah hotel.

Screenshot 2022 11 21 at 4.46.37 PM

Semasa kejadian, polis telah menemui barang disyaki milik lelaki itu yang merupakan seorang ejen dalam mengurus aktiviti pemerdagangan manusia dengan tujuan eksploitasi seks ke atas mangsa.

Suspek juga telah memaksa dan menggunakan mangsa bagi tujuan perkhidmatan seks sejak Julai 2022 dan difahamkan bertujuan untuk melunaskan bayaran hutang yang ditanggung olehnya. Lelaki itu juga mengenakan bayaran sebanyak RM1,000 sejam terhadap pelanggan yang ingin ‘melempiaskan nafsu’ terhadap isterinya.

Lelaki nafi isteri dipaksa, katanya dilakukan atas persetujuan bersama

Namun, lelaki tersebut menafikan bahawa isterinya dipaksa untuk terlibat dalam aktiviti eksploitasi seks ini dan mengatakan perbuatan itu dilakukan atas persetujuan bersama untuk mencari wang demi kelangsungan hidup.

Screenshot 2022 11 21 at 4.46.06 PM

Dia juga memohon mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan kerana perlu menanggung isteri, ibu dan keluarga isteri selain mengaku menyesali perbuatannya itu serta mengaku sudah insaf.

Hakim Datin Surita Budi memaklumkan kalimah paksaan adalah sangat penting dalam pendakwaan dan menolak pengakuan bersalah tertuduh sebelum menetapkan tarikh 30 November depan bagi prosiding seterusnya.

Dengan itu, suspek telah disabit di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670). Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Kesian min dengan nasib isterinya dan semoga menjadi pengajaran untuk kita semua….

Baca: “Pelanggan semua warga tempatan” – Suami Jadi Bapa Ayam Buat Aktiviti Pelacuran ‘Online’, Lacurkan Isteri Sendiri

Screenshot 2022 11 21 at 4.43.45 PM

Sumber: Portal
Sumber: Portal