in

“Pelanggan semua warga tempatan” – Suami Jadi Bapa Ayam Buat Aktiviti Pelacuran ‘Online’, Lacurkan Isteri Sendiri

Pelacur 1

Sepasang suami isteri ditahan pihak polis kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam talian. Menurut Harian Metro, pasangan itu ditahan oleh Cawangan Siasatan Jenayah Bahagian Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di Jalan Galloway, Bukit Bintang.

 

Jadi bapa ayam, lacurkan isteri sendiri

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata pihaknya menerima maklumat dan telah melakukan risikan berhubung aktiviti pasangan suami isteri itu.

Suspek utama, suami yang berusia 42 tahun itu dilaporkan telah melacurkan isterinya sendiri sejak setahun lalu dengan menerima bayaran RM300 daripada setiap pelanggan setiap kali melakukan hubungan seks.

 

Pelanggan hanya warga tempatan

Suspek menjadi bapa ayam kepada isterinya yang berusia 36 tahun dan menggunakan Whatsapp untuk mencari pelanggan yang hanya terdiri daripada warga tempatan sahaja. Dalam serbuan yang dilakukan pada 11.15 malam itu, pihak polis turut merampas dua buah telefon bimbit serta dua kondom.

“Siasatan awal mendapati suspek pertama adalah suami kepada wanita terbabit dan sudah menjalankan kegiatan ini sejak setahun lalu dengan bayaran RM300 di sekitar pusat bandaraya mengikut permintaan pelanggan.”

Kondom

Pelanggan mereka pula hanya terdiri warga tempatan yang dicari melalui WhatsApp.”

Pihak polis turut mendapati lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Isterinya turut mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan akta yang sama.

Pasangan itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Baca: Lelaki ‘Jual’ Bakal Isteri Dengan Harga RM72 Guna Alasan Nak Kumpul Modal Kahwin

Cats 19