in

Lelaki Dikecam Kerana Memijak Ayam Untuk Proses Memerap, Rupa-rupanya….

K1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, rakaman video seseorang memijak ayam dengan memakai boot menjadi viral. Lebih memeranjatkan lagi, pekerja itu didakwa dari sebuah restoran rangkaian fast food kegemaran ramai, KFC.


Netizen rata-rata marah dan menyelar tindakan pekerja tersebut yang melanggar etika kerja serta cuai dengan tahap kebersihan.

K
sumber: moretify

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, cerita tersebut terbukti palsu. Siapa yang marah KFC dan tuduh lelaki tu yang bukan-bukan dah boleh minta maaf dah…

Selepas siasatan dijalankan, rakaman video itu sebenarnya bukanlah kejadian yang baru berlaku seperti diwar-warkan. Boleh dilihat di gambar bawah ini, video tersebut bertarikh 19 Mei 2016.

Sumber: Moretify
sumber: moretify

Nampaknya, ada pihak yang cuba menyebarkan cerita palsu ini dan memburukkan KFC. Peminat setia KFC confirm marah ni…

Lebih teruk lagi, seseorang membuat satu cerita palsu yang lain dan memfitnah seorang pekerja KFC di Thailand bernama Pakpoom yang bekerja sebagai juruwang restoran itu.

Saya tidak pernah terlibat di dalam proses memerap ayam”.

Pakpoom kemudian dikatakan berhenti kerja untuk menumpukan tumpuan terhadap pelajaran.

K3
sumber: moretify
K4
sumber: moretify

Berang dianiayai dan menerima kutukan, Pakpoom segera membuat laporan polis untuk membersihkan namanya. Mana tidaknya, gambar beliau tersebar luas dengan berita palsu sebegitu bukan sahaja di Thailand, tetapi juga mendapat liputan luas media antarabangsa!

K5
sumber: moretify

Selepas diperiksa dengan lebih terperinci, akhirnya cerita sebenar di sebalik video itu didedahkan. Video menjijikkan itu sebenarnya dirakam di sebuah kilang ayam di Poland. Tindakan memijak ayam itu adalah proses untuk nyah bekukan (defrost) ayam itu. What?

K6
sumber: moretify

Akhirnya, terbongkarlah portal sebenar yang menyebarkan fitnah dan menyebabkannya tersebar sehingga ke peringkat antarabangsa. Sebuah syarikat media Matichon Online adalah dalang disebalik penipuan dan yang memulakan penyebaran cerita palsu itu. Bukanlah Pakpoom yang dirakam melakukan perbuatan tersebut, kesian dia…

Cerita palsu itu tersebar dengan begitu cepat sekali sehinggakan Pakpoom menerima kecaman daripada netizen. Kata-kata tidak baik dilontarkan kepadanya dan kebencian disebabkan ‘tindakan jijik’ yang tidak dilakukannya itu. Confirm Matichon pulak kena kecam lepas ni…

K7
sumber: moretify

Jadi moral yang dapat diambil daripada kisah yang menimpa Pakpoom ini adalah, jangan percaya bulat-bulat apa yang anda baca di media sosial serta hentikan sebar berita yang belum dapat dipastikan kesahihannya! 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.