in

Lelaki Dan Tunang Ditahan Lepas Ugut Sebar Gambar Bogel Wanita Dengan Bayaran RM1,000

X 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita menerima padah apabila perbuatannya berkongsi gambar dan video bogel bersama bekas kekasih memakan diri sendiri selepas telefon lelaki itu dikatakan ‘hilang’.


Semuanya bermula pada 31 Mei lalu apabila wanita berusia 21 tahun itu menerima mesej daripada nombor misteri yang menyatakan mereka ada menyimpan gambar bogelnya.

Sebagai ganti, nombor misteri tersebut meminta wang bernilai RM1,000 daripada mangsa jika dia tidak mahu gambar bogel tersebut tersebar di sosial media.

81544623222 Handcuff

Berdasarkan keterangan wanita itu, dia mengaku pernah memberi wang RM300 kepada seorang lelaki yang juga merupakan rakan kepada bekas teman lelakinya agar gambar dan videonya dipadam.

Namun begitu, lelaki itu sekali lagi memintanya untuk memindahkan wang RM400 ke dalam satu akaun bank yang didaftarkan atas nama seorang wanita. Hasil siasatan mendapati wanita tersebut ialah tunang kepada lelaki yang memeras ugut itu.

Susulan laporan dibuat, polis menahan lelaki dan tunangnya dalam dua serbuan berasingan di Sungai Buloh dan Sea Park.

Tambah pihak polis lagi, suspek yang memeras ugut itu mempunyai dua rekod lampau mengaitkan dadah. Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Sumber: Awani

 

BACA: “Google je lah” – BF Kantoi Pinjam Duit GF RM150 Untuk Beli Gambar-gambar Bogel Perempuan Lain

Capture 38

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.