in

“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak tidur, akhirnya saya mengalah. Bismillah” – Elyana

collage 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, penyanyi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal telah menghidap kanser limfoma semenjak 10 tahun lalu.

Menerusi hantarannya di Instagram semalam, penyanyi ini memberitahu yang dia kini telah pun dimasukkan ke dalam hospital selepas menahan sakit lebih sebulan yang lalu.


Menurutnya, dia bakal menjalani kemoterapi untuk merawat penyakitnya itu dan sebelum itu perlu menjalani prosedur seperti masuk ubat tahan sakit, steroid, ambil darah, ujian Covid, periksa jantung dan Pet Scan.

Lebih sebulan menahan sakit sampai tak tidur.Akhirnya saya mengalah. Hari ni masuk painkiller,steroid dan ambil darah. Covid test memang wajib. Esok check jantung. Lusa buat Pet Scan. Seterus nya Chemotherapy. Bismillahirrahmannirrahim… You can do it Nana!!!”

https://www.instagram.com/p/CUFY_0WJ0dH/

Kalau korang ada mengikuti perkembangan Elyana, sebelum ini dia pernah menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari di sebuah hospital swasta di Selangor dan setelah selesai rawatan tersebut, dia ada berbincang dengan doktor mengenai rawatan kemoterapi pula.

“Semoga dipermudahkan”

Menjengah di ruangan komen, rakan-rakan artis dan peminat penyanyi ini turut mendoakan agar urusan Elyana dipermudahkan.

WhatsApp Image 2021 09 22 at 12.23.42 1

Sama-samalah kita doakan agar Elyana terus kuat melawan penyakitnya ini…

 

Baca: “Biar bonda pergi dulu” – Beri Ucapan Hari Bapa Untuk Suami, ‘Ayat’ Elyana Buat Ramai Sebak

Screenshot 2021 09 22 at 12.31.32 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.