in

Varian Delta Boleh Tersebar Dalam Masa 15 Saat & Boleh Dijangkiti Melalui Udara – Dr Hisham

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita sekali lagi telah mencatatkan rekod kes Covid-19 tertinggi sebanyak 13, 215 kes positif harian.


Antara sebabnya adalah varian baru Covid-19 adalah sangat mudah berjangkit dan boleh tersebar melalui udara secepat 15 saat kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Tambahnya, peningkatan kes sejak 26 Jun lalu kebanyakannya adalah disebabkan oleh varian Delta dan turut meminta agar orang ramai mengambil langkah lebih berjaga-jaga.

Covid 19 Delta Strain

Sebelum ini, kadar jangkitan virus normal adalah di antara 2.5 and 3.0 (r0) tapi bagi varian Delta dan varian baru yang lain, kami dapati kadar jangkitannya lebih tinggi iaitu di antara 5.0 dan 8.0

Ini bermakna, jika ada 100 orang dijangkiti dalam masa yang singkat, ia boleh menjangkiti seramai 500 ke 800 orang lain.”

Selain itu, Dr Hisham turut mengatakan yang virus ini juga boleh berkembang dengan cepat dan pakar menjangkakan yang virus ini boleh menjangkiti orang terdekat yang berada pada jarak kurang dari 1 minit dalam masa 15 saat.

Kami juga diberitahu, varian-varian baru ini boleh menjangkiti dalam masa 15 saat dan melalui udara.”

Kerana ini, Dr Hisham menekankan kepentingan vaksin dan mengambil Labuan sebagai contoh kerana sebelum ini Labuan mempunyai kes tertinggi tapi kini dah dilihat menurun kerana kerajaan di sana mempercepatkan proses vaksinansi.

Untuk pengetahuan korang, 52% orang di Labuan telah pun lengkap mendapat dua dos vaksin.

Hari ini (semalam) hanya 26 kes positif dilaporkan di Labuan.”

Sumber: Malaysia Now, The Borneo Post

 

Baca: “Jangkitan varian Delta lebih ekstrem” – Pakar Minta Segerakan Pemberian Dos Kedua

Screenshot 2021 07 16 At 12.44.21 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.