in

“Lebih 50,000 kes dari April hingga Jun” – Jumlah Pesakit Covid-19 Kategori 4 & 5 Meningkat Dalam Tempoh 3 Bulan

Ft Kesmeningkat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berlaku peningkatan dalam bilangan pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5 dari April sehingga semalam, 13 Jun. Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan berdasarkan Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), jumlah kes yang dicatatkan dalam tempoh tersebut adalah sebanyak 59,895 kes.


Menurut Awani, beliau menjelaskan bahawa mengikut rekod dari Mac tahun lepas sehingga semalam, secara keseluruhannya seramai 104,122 pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5 telah dicatatkan.

  • Pesakit kategori 4: Mereka yang memerlukan oksigen
  • Pesakit kategori 5: Mereka yang memerlukan bantuan pernafasan

 

Pecahan kepada kategori tersebut pada bulan April ialah sebanyak 6,751 kes. Ia menunjukkan peningkatan pada bulan Mei itu sebanyak 30,287 kes.”

Sementara, sebanyak 22,857 kes setakat 13 Jun.”

Katanya lagi, jumlah itu dijangka akan meningkat pada bulan ini sekaligus memberi kesan kepada penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) pesakit Covid-19. Untuk rekod, penggunaan katil ICU ketika ini telah mencecah 97 peratus di mana terdapat 1,767 katil ICU di seluruh negara dengan seramai 1,161 orang sedang menjalani rawatan rapi.

Baca: Pesakit Covid-19 Kategori 4 & 5 Tunjuk Peningkatan Mendadak – Menteri Kesihatan

Collagefeat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.