in

“Saya menyesal” – Lelaki Hina Rakyat Sabah Punca Kes Covid-19 Meningkat, Buat Video Permohonan Maaf

Tular sejak beberapa hari lepas rakaman suara melalui Whatsapp daripada seorang lelaki yang menghina dan menuduh rakyat Sabah sebagai punca peningkatan kes Covid-19.

Menurut Harian Metro, tuan empunya badan yang membuat rakaman suara berdurasi 34 saat itu sudah tampil membuat permohonan maaf melalui sebuah rakaman video.

Video berdurasi 1 minit 18 saat itu dimuat naik melalui Whatsapp dan lelaki sudah berusia tersebut memohon maaf kepada seluruh rakyat Sabah serta menyesal atas perbuatannya.

“Kepada rakyat Sabah yang berada di Malaysia terutama berada di Johor… saya pada dua hari lepas, saya ada marah, ada maki dengan orang Sabah. Hari ini saya minta maaf banyak banyak sebab saya terlepas cakap.”

“Saya minta pada rakyat sabah tidak kira di mana, saya minta maaf banyak-banyak… maafkan saya.”

“Kepada abang, adik, pak cik kakak, saya minta maaf… saya ada maki orang Sabah, maafkan saya warga Sabah. Saya menyesal dan saya tidak akan buat lagi dan saya tidak akan menghina rakyat Sabah lagi.”

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata pihak polis menjalankan siasatan kerana bimbang ia boleh mengugat keamanan dan cetus kekacauan.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia. Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dan bersederhana dalam mengeluarkan kenyataan di media sosial terutamanya membabitkan isu sensitif.

Baca: “I’m innocent until proven guilty” – YouTuber Dituduh Simpan Video Porno Kanak-kanak Akhirnya Beri Penjelasan

Sumber: Facebook