in

“Baru nak tutup pintu” – [Video] Lelaki Nyaris Ajal Dirempuh MPV Hilang Kawalan

Ft Eksiden Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Berpantang ajal sebelum maut”, itulah pepatah Melayu yang sesuai ditujukan buat seorang lelaki ini yang nyaris ajal selepas dirempuh sebuah kenderaan serba guna (MPV) di Jalan Hospital, Kota Bharu.


Kejadian dilaporkan berlaku semalam, 14 Januari 2021 dimana mangsa, Wan Mohd, Zuhairi Wan Muhammad, 38, sedang menutup pintu kereta Proton Saga miliknya sebelum secara tiba-tiba datang pula Toyota Innova dari arah belakang merempuh keretanya sehingga mengalami kerosakan teruk. 

Kereta 1

Walau bagaimanapun, nasib menyebelahinya apabila dia hanya mengalami luka luaran pada anggota badan dan telah dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) seperti dalam laporan Kosmo!.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sebelum kejadian, mangsa yang memandu kereta Proton Saga berhenti di bahu jalan tanpa halangan di hadapan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada pukul 6 petang. 

Ketika itu, sebuah MPV dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun datang dari arah Jalan Mahmood ke laluan itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh kereta mangsa.

Ketika pegawai penyiasat polis tiba di lokasi kejadian, pemandu MPV tiada disitu manakala pemandu kereta Proton Saga pula sudah dibawa ke HRPZ II.

Klip video kemalangan tersebut berjaya dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di tempat kejadian sehingga menjadi viral di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Jelas dilihat melalui klip video tersebut yang memperlihatkan mangsa sedang berjalan ke arah keretanya yang diparkir di bahagian tepi premis berkenaan. Namun, belum sempat dia menutup pintu kereta, datang pula Toyota Innova dari arah belakang yang menghentam bahagian sisi keretanya sehingga ‘terbang’.

Rakaman CCTV – Kemalangan di hadapan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),Kelantan..

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, January 14, 2021

Footage dilokasi – Kemalangan di hadapan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),Kelantan..

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, January 14, 2021

Allahu, total loss jugak kereta Proton Saga tu. Nasib baik tak jadi apa-apa. 

Sumber: Kosmo!, Info Roadblock JPJ/POLIS

Baca: “Vellfire pun tumbang” – [Video] Tular Rakaman Myvi Langgar Toyota Vellfire Sampai Terbalik Di Glenmarie

Baca Eksiden

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.