in

“Lebih 100 gol” – TRW Kelantan ‘Pecah Rekod’ Pasukan Paling Banyak Bolos Dalam Liga Super

Ft Kelantan Fc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasukan TRW Kelantan kini telah memecahkan rekod pasukan yang mempunyai jumlah bolos terbanyak dalam sejarah Liga Super Malaysia sejak kejohanan itu diperkenalkan pada tahun 2004 iaitu melebihi 100 gol dalam satu musim.

Terbaharu, pasukan itu tewas 0-7 menentang Sabah sekaligus membuatkan mereka dibolosi sebanyak 102 gol selepas 23 perlawanan dan dijangkakan jumlah itu akan meningkat memandangkan ada baki 3 lagi perlawanan.


Artikel berkaitan : Kalah Teruk 3 Kali Berturut-turut, Penyokong Kelantan FC Buat Formasi Emoji Sedih

Artikel berkaitan : Dato’ Seri Vida Cadang Ambil Alih Pasukan Kelantan, Rancang Letak Kacak Jadi Pengurus

Dalam masa yang sama, kekalahan besar di tangan Sabah tempoh hari membuatkan ketua jurulatih, Alfredo Vera bangun meninggalkan bangku simpanan walaupun perlawanan belum tamat kerana dipercayai terlalu kecewa dengan persembahan pasukannya.

Untuk rekod, kekalahan terbesar TRW Kelantan musim ini adalah ketika berdepan Selangor pada 25 Ogos lalu di Kota Bharu dengan jaringan 11-2.

Sebelum ini, rekod pasukan paling banyak dibolosi dalam saingan Liga Super dipegang oleh pasukan PDRM pada tahun 2009 iaitu sebanyak 75 bolos dan ketika itu, saingan hanya melibatkan 14 buah pasukan.

F Yjc4Gbiaahbrz

Salah satu punca yang menyebabkan merudumnya prestasi pasukan TRW ini adalah isu tunggakan gaji yang mana ia menyebabkan beberapa tonggak utama pasukan telah angkat kaki.

Secara tak langsung, pihak pengurusan terpaksa menurunkan pemain muda yang kurang berpengalaman dalam saingan musim ini.

TRW Kelantan atau Kelantan FC ketika ini menghuni tangga tercorot dengan mencatat hanya 2 menang, 2 seri dan 19 kekalahan.

Sumber : The Vocket

Sumber: SNE Sports

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.