Ketika berita mengenai isu curang Shuk Sahar tular di media sosial, Hot FM telah mengambil tindakan menggantung pelawak ini dari menjadi penyampai radio untuk menjalankan siasatan dalaman.
Hari ini, Pengurus Besar Kumpulan Audiens dan Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim mengesahkan yang kontrak Shuk sebagai penyampai radio ditamatkan selepas siasatan dalaman mendapati Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian, lapor mStar.
Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini.”
Menerusi kenyataan media, Anida mengatakan Shuk telah pun diberitahu mengenai perkara ini.
Untuk pengetahuan korang, sejak Isnin lalu, Hot FM telah pun mengumumkan penyanyi dan pelakon Mark Adam sebagai penyampai baru segmen Geng Pagi Hot (GPH) untuk digandingkan bersama Fizie
Reputasi Mark sebagai penghibur yang versatil memberikan nafas segar untuk segmen GPH.”
Anida juga mengharapkan para pendengar akan terus menyokong Hot FM dan GPH yang akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 pagi hingga 10 petang.