in

“Lahirkan baby yang dah meninggal..Lagi 5 hari nak raya” – Bahana Wanita Mengandung ‘Paksa Diri’ Berpuasa

Amalan Ibu Mengandung Mudah Bersalin Dikurnia Anak Soleh Dan Solehah 36U7Vdxwgdbwfcy3Vi2Gw0 630X336

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada betul juga kata orang bahawa bayi zaman sekarang tak sama macam bayi dulu, usahlah samakan kekuatan bayi sekarang untuk menggunakan teknik zaman dahulu kepadanya.


Mungkin zaman dahulu berpuasa selagi mampu untuk ibu mengandung itu tak ada apa-apa, tapi kalau wanita zaman sekarang ni rasa tak mampu usahlah paksa diri untuk melakukannya. Kalau tak larat ganti sahaja tahun depan.

Korang lihat sendiri apa yang terjadi kepada Hanis Zalikha dan sorang netizen ni. Sedih pun ada. Harap jangan lah terjadi kepada korang.

 

“Baby mengeras..lepastu diammm je..Semua dia tak nak respon” – Hanis Zalikha

View this post on Instagram

Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang. Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila. Aigo, Daddy dia pun kata “ala kesian, ngadu dekat Daddy ya”. Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan. Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time2 baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya! So untuk kes-kes ibu seperti kita, swipe left untuk sumber dari zakat.com.my tentang fidyah & qada.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Hanis yang tengah sarat mengandung menceritakan pengalamannya berpuasa pada awal puasa lepas, pada mulanya dia rasa tak ada apa-apa tapi keesokkan harinya, sedar tak sedar bayinya itu mengeras dan tidak memberikan sebarang tindak balas di dalam kandungannya.

Menurutnya bayi dalam kandungan kali ini agak aktif memberikan respon jika dipanggil, tapi kali ini tidak. Biarpun Hanis tak rasa letih dan haus, ia memberi kesan kepada bayi tersebut. Hanis kemudiannya berbuka puasa, dan mujurlah bayi tersebut memberikan respon.

Tambahnya lagi bulan puasa air ketuban boleh berkurangan, mujurlah tak berlaku apa-apa.

“Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang. Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila. Aigo, Daddy dia pun kata “ala kesian, ngadu dekat Daddy ya”. Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan. Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time2 baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya! So untuk kes-kes ibu seperti kita, swipe left untuk sumber dari zakat.com.my tentang fidyah & qada.”

Daripada perkongsiannya ini, ada netizen yang komen kongsikan pengalamannya melahirkan bayi yang dah meninggal dunia di dalam kandungan.

Lebih menyedihkan lagi bayinya ‘pergi’ 5 hari sebelum menjelang syawal.

 

“Saya dah melahirkan baby yang dah meninggal, Lagi 5 hari nak raya…Masa tu saya puasa”

Katanya pada waktu itu dia sedang berpuasa, dia rasa keliru samada bayi itu mengeras atau bergerak. Ketika bersalin, salah seorang pegawai keselamatan menjelaskan bahawa bayi itu kemungkinan dah meninggal dunia sehari kerana kulitnya seperti merepuh.

Malah ketika bayinya dikebumikan dia tak dapat nak jenguk

“Pngalaman sy melahirkn bby yg dh meninggl di usia kndungn 38weeks.. D bulan ramadan.. Lg 5 ari lg nk raya.. Doc nk induce sy ari sabtu… Ari khamis bby dh x gerak dr pg.. Tp cma mngeras je… Sy ingt gerak dn mngeras adalah sama… Time tu sy puasa… Lps bbuka still bby x gerak… Terus g check kt hos.. Doc sah kn bby dh xde.. Sbb sy sendri pon x dgr bunyi degupn jntung bby… ?…pkol 1pg msuk labour room.. Pkol 9pg (jumaat) bidadari syurga sy d lhirkn… Dpt pelok jasad yg x bernyawa je… Sedihhh sgt…”

“Allah permudahkn utk sy bersalin… X sampai stu ari… Tp biasalah bila melahirkn bby yg dh x bernyawa.. Hrpkn kudrat sy sorang… Mmg struggle jugk la.. Tenaga pon dh xde… Mkn mse bbuka tu pon sikit je.. Lps tu xmkn apa2 dh… Mmg dh xde selera.. Bby pon semngat jugk… 3.8kg..mmg ramai doc2 yg bntu sy… Xtaula doc pelatih ke apa ke.. Cma yg psti doc pakar shj d hadapan sy…bila bby dh kuar dn d bersihkn… Bru sy nmpk kulit bby mcm merepuh(mcm tersiat kulit mcm kna air panas tu) nurse ckp mngkin bby sy mninggl dh stu ari dlm perut”

Ia mendapat perhatian netizen dan viral di Twitter, rata-rata menyokong dengan nasihat yang diberikan oleh individu yang memuat naik gambar posting ini agar jaga diri semasa puasa.

Namun ada juga yang bitter bandingkan ibu mereka mengandungkan mereka semasa berpuasa tanpa berbuka. Aduhai, lain badan lain orang.

Hurmm, tak dinafikan memang bagus kalau nak menunaikan ibadat puasa, tapi jangan lah sampai membahayakan diri. 

 

Baca : Masih Ragu & Tak Jelas Hukum Hakam Sewaktu Bulan Puasa? Meh Baca Perkongsian Bermanfaat Ni!

Puasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.