in

Wanita Kongsi Kisah Ditinggal Tunang Di Hari Bahagia Lepas Disuruh Ibu Hanya Sebab…

Lamia 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang ada pengalaman ditinggalkan kekasih hati je tau betapa peritnya perasaan itu. Lagikan pula kalau korang dah bertahun-tahun bercinta lepas tu putus di tengah jalan atas sebab remeh. Sakit tu hanya Tuhan yang tahu.


Baru-baru ini, seorang wanita dari Tunisia ada berkongsi kisah peritnya ditinggalkan tunang pada hari dimana mereka sepatutnya bernikah. Lebih menyakitkan, alasan lelaki terbabit meninggalkannya secara tiba-tiba adalah kerana ibu lelaki berkenaan tak sukakan rupa paras tunang anaknya itu.

E628Aa452A E1659232429627

Memetik laporan Mirror,  Lamia Al-Labawi berkongsi di media sosial bagaimana hari bahagianya musnah selepas bakal ibu mertuanya berjumpanya secara berdepan. Difahamkan, sepanjang pertunangannya, bakal ibu mertua Lamia tidak pernah bersua muka dengannya dan hanya pernah melihat gambarnya sahaja.

Bagaimanapun, di hari yang sepatutnya Lamia dan pasangannya bernikah, Lamia ditinggalkan tunangnya selepas disuruh ibunya gara-gara tidak berpuas hati dengan rupa paras Lamia yang dikatakan hodoh dan pendek.

0 Pay Newsflash Allegedlyugly 01Jpeg E1659232394448

Lamia turut berkongsi beberapa keping gambar memaparkan dirinya bergaun putih di samping tunangnya yang lengkap memakai sut.

Belum sempat mereka bernikah, Lamia dikejutkan dengan berita bahawa tunangnya mahu memutuskan hubungan kerana disuruh ibunya gara-gara Lamia dikatakan hodoh dan pendek.

Lamia E1659232534748

Kisah Lamia itu ternyata meraih perhatian pengguna internet yang rata-ratanya menyuarakan rasa kasihan mereka terhadap nasib yang menimpa Lamia. Tak kurang juga yang mengecam tindakan bekas tunang Lamia dan ibunya.

“Jangan bersedih. Saya harap awak sedar yang awak cantik dan lelaki tu yang rugi sebab kehilangan awak,” tulis seorang netizen.

“Suka hati je kata orang hodoh & pendek. Ingat anak dia tu hensem sangat ke?” kata seorang pengguna lain pula.

“Jangan sedih. Baguslah Tuhan tunjukkan dulu perangai diorang yang sebenar sebelum awak berkahwin. Ramai lagi lelaki kat luar sana yang pandai menghargai awak,” komen yang lain pula.

Sumber: Mirror

Baca: Lelaki Sanggup Langgar Kereta Bekas Tunang Banyak Kali Sebab Pertunangan Terputus

1Langgar E1659230651725

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.