“Lagi sekali” – Tom Si Kucing Bantu Geng Lelaki Ini Keluarkan Tikus Dari Rumah Mereka

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Manusia ni kalau dah takut sesuatu benda tu tak kira lah lelaki atau perempuan, confirm menjerit. Sama lah macam sekumpulan lelaki dekat video bawah ni.

Baru-baru ini viral di media sosial ada tikus masuk ke rumah sekumpulan lelaki ni. Sebagai penyelesaian, mereka gunakan khidmat kucing mereka bernama Tom. Kali ni admin nak share satu lagi video Tom menyelamatkan situasi. Cuba korang tengok video kat bawah oleh @putrairfann ni. Entah berapa lah tikus dalam rumah dorang tu kan.

 

Ternak tikus ke?

Memang terhibur admin tengok. Memang naluri seekor kucing kan tangkap tikus. Nama pun dah Tom. Rasanya dah boleh bagi tikus tu nama Jerry kot. Baru lah jadi macam cerita kartun Tom & Jerry tu.

Betul tu, nanti dah habis study, lepak ramai-ramai mesti teringat moment ni. Harap nanti adalah yang bawak balik Tom jaga dia elok-elok dekat kampung

Yang mana rajin tu lap lah mulut dia. Tikus ni banyak bakteria. Risau pulak kena infection ke apa-apa, hilang hero korang nanti.

Hahaha yang ni lain macam sikit reward dia. Tapi kalau murah hati tu bagi je lah kan. Carikan dia jodoh yang baik-baik. 

Yang ni admin paling setuju. Rasanya dah boleh kot gotong-royong sekejap cuci rumah tu betul-betul. Agaknya kotor kot, sebab tu ada tikus masuk.

 

Baca: “Come on Tom!!” -[VIDEO] 7 Lelaki Tak Berani Tangkap Tikus Akhirnya Guna Bantuan Kucing Peliharaan

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.