in

“Lagi-lagi pemain bola” – Lepas Ronaldo, Kini Bekas Pemain Bola Brazil, Ronaldinho Pula Disahkan Positif Covid-19

Feat Ronaldinho Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu lepas, pemain bola sepak terkenal dunia Cristiano Ronaldo telah disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.


Kini, bekas penyerang bola sepak lagenda Brazil, Ronaldinho pula diuji positif Covid-19.

Ronaldinho

Bekas pemain Barcelona dan Paris Saint-Germain itu dikatakan tidak mempunyai gejala dan kini berada di hotel Belo Horizonte untuk menjalani tempoh pengasingan diri.

Lapor Utusan Malaysia, hotel itu juga merupakan tempat di mana dia pernah bersama dengan kelab tempatan Atletico Mineiro.

Ronaldinho tiba di hotel tersebut pada 25 Oktober. Dia kemudiannya telah mengambil ujian saringan Covid-19 dan disahkan positif.

Menerusi laman Instagramnya, dia memberitahu bahawa dia kini berada dalam keadaan baik dan tidak mempunyai sebarang gejala buat masa sekarang.

Feat Ronaldinho 2

Bekas pemain AC Milan yang berusia 40 tahun itu turut memberitahu bahawa dia akan menetap di hotel sehingga keadaannya pulih daripada wabak pandemik tersebut.

Pemain Terbaik Dunia sebanyak dua kali itu tiba di Brazil selepas ditahan selama lima bulan di Paraguay atas kesalahan memalsukan pasport.

Menurut rekod, lebih 156,000 kematian telah dicatatkan akibat wabak Covid-19 di Brazil yang seterusnya menyebabkan Brazil merupakan negara kedua tertinggi yang mencatatkan kematian akibat Covid-19 selepas Amerika Syarikat.

Baca: Bintang Bola Sepak Dunia, Cristiano Ronaldo Pula Positif Covid-19 Lepas Lawan Perancis

Baca Covid 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.