Nampaknya penahanan individu yang menyebabkan jutaan rakyat mengalami gangguan bekalan air ini tidak memberikan kesan kepada segelintir orang-orang yang keras kepala ni.
Semalam, Air Selangor mengesahkan terdapat satu lagi kes pencemaran sungai. Kali ini, sebanyak 274 kawasan yang terdiri daripada 300,000 orang isi rumah terkesan dengan gangguan bekalan air secara tidak berjadual akibat kes tersebut.
Antara 4 daerah yang akan mengalami gangguan tersebut adalah….
Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat & Sepang
Keempat-empat kawan dari daerah ini bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual untuk beberapa ketika. Senarai tempat yang mengalami gangguan tersebut ada di Facebook rasmi mereka.
https://www.facebook.com/1334979406532638/posts/3739471356083419/?extid=0&d=n
Tambah Air Selangor lagi, kes ini telah dilaporkan kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan segera akan diambil untuk mengenalpasti punca pencemaran sungai di Sungai Semenyih.
Dalam perkongsian Facebook mereka pagi ini (5 Oktober), Air Selangor mengumumkan bahawa kilang rawatan di Semenyih dan Bukit Tampoi masih belum beroperasi kerana pencemaran masih dikesan di sungai.
https://www.facebook.com/1334979406532638/posts/3741393242557897/
Isi rumah yang terjejas disarankan untuk menyimpan bekalan air mereka dari sumber awam dan pusat perkhidmatan tempatan. Senarai lengkap sumber air yang ada boleh didapati di laman web Air Selangor.
Lori dengan tangki air akan mengutamakan premis kritikal terlebih dahulu seperti hospital, pusat dialisis dan pengebumian.
Terkini, punca pencemaran didapati berlaku dari Negeri Sembilan.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1312897968475836416
Baca : Bekalan Air di 948 Kawasan di Lembah Klang Pulih Sepenuhnya