Pihak kerajaan negeri Melaka telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk menjalankan siasatan tentang dakwaan wujudnya sebuah hotel yang mengamalkan konsep ‘mesra gay’ di negeri tersebut yang tular sejak semalam.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggai dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas siasatan dijalankan.
Artikel berkaitan: Bagi Alasan Sakit Perut, Remaja Lelaki Kantoi Berkhalwat Dengan Warga Indonesia Di Hotel
Artikel berkaitan: Rakan Artis Buntu Nak Tolong, Bekas Bintang Nickelodeon Jadi Gelandangan & Musnahkan Bilik Hotel
“Saya sudah mengarahkan JAIM untuk menyiasat dakwaan itu”
Isu tersebut dibangkitkan selepas pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung yang mempersoalkan trend perniagaan yang menggunakan label ‘friendly’ untuk menarik perhatian pelanggan.

“Agak kreatif penjenamaan. Label ‘Muslim friendly’ pun boleh dijadikan bisnes, apatah lagi ‘gay friendly’ lepas ini apa pula idea kreatif akan muncul? ‘Babi friendly’ atau ‘LGBT friendly’? Ingatkan sukan sahaja ada ‘friendly’ tak sangka pula ‘gay’ pun ada ‘friendly’ secara terbuka.”
Perkongsian tersebut sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata bimbang jika budaya sebegini dinormalisasikan di negeri tersebut.
Sumber : Harian Metro
