in

“Kutip cukai beratus juta” – [VIDEO] Netizen Bengang Jalan Berlubang Besar Sampai Penunggang Motor Jatuh

Ft Motor Langgar Lubang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu jalan raya berlubang ini memang satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh, kadang-kadang disebabkan satu lubang kecil, boleh membuatkan aliran jalan jadi huru-hara sehingga meragut nyawa.

Seperti yang terjadi di Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini, dapat menyaksikan bahawa isu jalan berlubang ini akan memberikan impak besar kepada pengguna terutamanya penunggang motosikal.


 

Kutip cukai beratus juta ringgit, tapi kualiti jalan raya seperti bandar negara ketiga

Satu video tular hujung minggu lalu dimana seorang penunggang motosikal dilihat terbabas akibat terlanggar satu lubang besar.

Menurut perkongsian di Twitter, kejadian ini dikatakan berlaku di Sky Awani 2, Jalan Sentul Pasar, Mukim Sentul, Kuala Lumpur.

Video berdurasi 12 saat yang dikongsikan oleh Nur Fathiah Syazwana  atau lebih mesra dengan gelaran Cleopatra ini dan meraih lebih daripada 5,000 jumlah retweets dalam masa 2 hari dimana Fatihah membuat untaian dengan menzahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak berkuasa terhadap isu ini.

https://twitter.com/lxcleopatraxl/status/1568603949636415488?s=20&t=yOSfhvmq7Ys8GYqvIvsP5A

Enggan berdiam diri, Cleopatra berjumpa dengan Pengerusi MIC W/P Ahli Lembaga DBKL, Datuk S. Rajah di lokasi jalan raya tersebut, menurut Cleopatra, kejadian ini berlaku pada minggu lepas sebelum video tersebut tular.

 

DBKL dah turap

Atas tindakan pantas Cleopatra, pihak DBKL terus turap dan bakal membaik pulih di seluruh jalan raya tersebut, dia juga telah mencadangkan supaya dibina speed bump sementara.

https://twitter.com/lxcleopatraxl/status/1568964753594400769?s=20&t=yOSfhvmq7Ys8GYqvIvsP5A

Tambahnya, dia berharap akan pertemuannya ini dapat membaik pulih jalan yang mendap dan berlubang di kawasan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada pihak DBKL

Baca : “Fix your potholes!” – [VIDEO] Malaysia ‘Dihentam’ Penunggang Motosikal Luar Negara Gara-gara Jalan Berlubang

Untitled Design 2022 06 07T121142.752

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.