in

Kumpulan Ekstremis Lancar ‘Website’ Di Malaysia Guna Gambar KLCC, Polis Minta Jangan Risau

Collage

Bahagian Anti Keganasan Siber yang dikenali sebagai Nordic Counter-Terrorism Network (NCTN) mengesan pelancaran laman web kumpulan ekstremis IS di Malaysia.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Al Malaka Media Centre ini difahamkan telah menyatakan sokongan mereka dengan salah satu parti politik tempatan.

Menurut The Vibes, NCTN mendedahkan kumpulan ini telah kongsikan beberapa struktur sokongan yang diperolehinya di Malaysia serta menggunakan ideologi radikal bagi menggugat kestabilan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).

Tak cukup dengan itu, kumpulan ini juga turut membuat poster menunjukkan gambar KLCC dengan bendera IS yang diletakkan di puncak bangunan beserta jet terbakar di atas langit dengan perkataan “Hari Penaklukan Segera Tiba”.

Pengarah NCTN Andrin Raj berkata, kewujudan kumpulan ini boleh mengancam keselamatan negara dan ada kemungkinan dapat mencetuskan tindakan-tindakan ganas berskala kecil.

Tujuan mereka adalah untuk menggugat Kerajaan Perpaduan. Mereka mempunyai beberapa perbualan di kalangan orang-orang di Malaysia di mana mereka kongsikan pandangan berkaitan agama, propaganda serta merekrut ahli baru.

“Manakala dari segi propaganda, mereka turut memberikan ideologi radikal dari pelbagai ulama termasuk ulama radikal di Malaysia.”

20230304 Iacsp Poster Screen Grab 3

Tak perlu bimbang

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengatakan bahawa pihak berkuasa telah pun mengetahui mengenai cubaan kumpulan ini yang cuba mengembangkan pengaruh mereka di Malaysia.

Kita tak boleh dedahkan maklumat yang terperinci, tapi orang ramai tak perlu risau kerana kita sedang pantau aktiviti mereka dengan bantuan pihak keselamatan antarabangsa serta rakan kongsi pencegahan keganasan.”

Selain itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah memberi jaminan bahawa pihaknya sedang giat memantau kesemua aktiviti yang melibatkan kumpulan IS ini.

Orang ramai dinasihati untuk tidak bimbang dengan laporan media tentang aktiviti mana-mana parti yang mahu menyebarkan propaganda IS. Berdasarkan situasi terkini, polis memberi jaminan bahawa keselamatan negara masih di bawah kawalan.”

 

Baca: “Pengganas bukan macam ni” – Cuba Cetus Islamophobia, Netizen Seluruh Dunia Selar Tindakan Sekolah Ini

Tembak2

Sumber: The Vibes