in

“Tanda sokong IS” – Lelaki Mengaku ‘Plan’ Nak Tikam Tun M & Ahli Politik Lain Untuk Join Militan Daish

Collage 51

Pihak polis berjaya membantutkan hasrat seorang lelaki yang cuba untuk melakukan serangan ke atas bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad dan beberapa menteri lain.

Menurut Astro Awani, Penolong Pengarah Cawangan Khas Antipengganas (E8), Azman Omar mendedahkan yang individu tersebut telah pun ditahan pada Januari tahun lepas dan mengaku merancang untuk menyerang kerajaan Pakatan Harapan.

Individu tersebut dikatakan telah merancang untuk membunuh Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa kabinet menteri yang lain ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan termasuk Lim Guan Eng, Datuk Seri Mujahid Yusof dan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Dikatakan, suspek tersebut membuat perancangan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak dan dipercayai terlibat dalam beberapa aktiviti keganasan serta merancang untuk menyerang kerajaan ketika itu sebagai tanda sokongan terhadap kumpulan militan, Daish.

Unknown

Pada 6 hingga 7 Jan 2020, kami menangkap seorang lelaki tempatan bersama lima yang lain ekoran pembabitan mereka menghasilkan video propaganda IS (Daish) dan ancaman bunuh ke atas pemimpin negara.

Reuters Mahathir Mohamad 20200714

“Semasa siasatan, (lelaki terbabit) mengaku dia berniat untuk melancarkan serangan secara bersendirian ke atas beberapa pemimpin kerajaan dengan menikam mereka menggunakan pisau atau objek tajam sebagai tanda menyokong IS (Daish)”.

Selain itu, Pasukan E8 turut menahan seramai enam lagi individu dan seorang rakyat Malaysia di Singapura pada Ogos lepas ekoran penglibatan suspek dalam membiayai kegiatan militan serta merancang untuk ke Syria bagi menyertai Daish.

 

Baca: “Ini adalah hal gila yang pernah saya lakukan dalam hidup saya” – Bapa Berhentikan Anak Sekolah Paksa Ikut ISIS

Screenshot 2021 03 26 At 11.02.42 Am

Sumber: Catch News
Sumber: Malay Mail