Usahawan dan pempengaruh, Cik Epal kini dilihat menjadi kecaman netizen setelah perkongsian menerusi IG Story miliknya membuatkan ramai netizen rasa ‘kembang tekak’.
Seperti yang kita sedia maklum, bekas isteri kepada Jofliam itu kini dalam proses untuk menjalankan perniagaan piza yang dikenali sebagai Piza Mendonia, menurut Cik Epal, kini Piza Mendonia sedang dalam fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Artikel berkaitan : “Dah cerai yuran nak 50/50 pulak” – Cik Epal Dedah Perbualan Mesej Dengan Anak
Artikel berkaitan : Cik Epal Vs Jofliam: Insiden Ambil Barang Bertukar Tragedi, Ini Rangkuman Kisah Kedua Belah Pihak
Netizen kembang tekak
Namun, ada perkara yang kurang enak mula timbul apabila netizen perasan sesuatu yang membuatkan mereka jadi rasa loya tekak apabila melihat tahap kebersihan pekerjanya ketika sedang buat review.
Menerusi Threads, netizen perasan bahawa pekerjanya itu tidak memotong kuku ketika membuat ulasan pasal makanan.
“Assalamualaikum, R&D Pizza Mendonia dengan kuku panjang penuh taik ke tewwww? Ya Allah loya tekak aku. Ewwww pengotor nak muntah.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen marah dan turut meluahkan rasa geli apabila melihatnya bahkan meminta Cik Epal untuk periksa semula Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber : Thread
