in

“Kucing itu tidak diapa-apakan” – [Video] Lelaki Didakwa Hempas Kucing Dalam Kawasan Masjid Tampil Cerita Sebenar

Kucing5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, tular satu video dimana seorang lelaki dikatakan menghempas kucing di dalam kawasan Masjid di Taman Seri Muda, Shah Alam.


Rakaman video berdurasi 24 saat yang dikongsikan menerusi Facebook Persatuan Haiwan Malaysia ini dilihat seorang lelaki berkopiah dilihat seakan-akan menghempas kucing.

Menurut sumber, kejadian ini berlaku di Masjid Taman Seri Muda, Shah Alam.

 

Kejadian kedua hempas kucing ke lantai?

Lelaki hempas kucing dalam kawasan masjid dicari. Kejadian kedua hempas kucing ke lantai berlaku semalam 22 Oktober 2020 sekitar jam 2,20 petang dan kali inj berlaku di Masjid Taman Sri Muda, Shah Alam Selangor.Animal Malaysia terima maklumat dari orang ramai berkenaan insiden ini dan memohon saksi utama tampil untuk buat laporan kepada pihak berkuasa.Punca pelaku menghempas kucing adalah kerana marah kucing jalanan yang sering diberi makannya itu tidak mahu makan. Mohon ahli kariah Masjid Taman Sri Muda Shah Alam tampil untuk beri maklumat penuh kejadian dengan whatsap ke www.wasap.my/+601120901097.Perlakuan zalim dan jenayah haiwan tidak boleh didiamkan.HENTIKAN JENAYAH HAIWAN !#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #stopanimalcrime #cruelty #animalcruelty #saveourstray #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimalcrimetransparency #myact #animalcrime #crime#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Khamis, 22 Oktober 2020

Walaubagaimanapun, menerusi Harian Metro hari ini, pihak Pengurusan Masjid Taman Sri Muda, Shah Alam tampil memberikan keterengan. Menurutnya, tiada langsung insiden penganiayaan kucing di kawasan masjid itu.

Hempas Kucing

Kucing4

Nazir masjid, Harani Md Saad berkata ianya hanyalah salah faham, sebenarnya ia hanyalah usikan daripada seorang pengawal keselamatan masjid yang cuba menakut-nakutkan kucing berkenaan ketika hendak memberikan makan.

Beliau sendiri sudah bertemu dengan pengawal warga Bangladesh itu yang menafikan menyeksa kucing terbabit seperti didakwa.

Jika melihat rakaman video, nampak seolah-olah kucing itu dihempas, sebaliknya tidak. Kucing itu tidak diapa-apakan, ia sihat dan tidak alami kecederaan”

Katanya, pengawal itu menyayangi kucing jalanan berkenaan dan sering memberinya makan. Malah, Harani juga ada menasihati lelaki warga Bangladesh itu.

 

Baca : “Harap dia kena hukuman berat”- Suspek Hempas Kucing Serah Diri di Balai Polis Setapak

Hempas

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.