in

Kucing Ini Terselamat Walaupun ‘Struggle’ Cari Makanan Lepas Terperangkap Dalam Rumah Kosong Selama 52 Hari

F2 Cat Struggles To Find Food

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti mana yang kita semua tahu, kucing sememangnya sinonim dengan kata-kata bahawa mereka ada sembilan nyawa. Mungkin sebab ni la kita selalu tengok kucing ni berani terjun dari aras yang tinggi untuk turun ke bawah bangunan. 


Mungkin ada betulnya juga kata-kata tu sebab baru-baru ini, seekor kucing yang terperangkap dalam sebuah rumah kosong di Vlaardingen, Belanda tanpa makanan ditemui masih selamat walaupun dah ditinggalkan di situ selama 52 hari, lapor Oddity Central.

Difahamkan, kucing itu telah ditemui oleh tuan baru rumah tersebut dan ketika ditemui, ianya kelihatan sangat kurus macam tak cukup zat. Rumah terbabit pula telah dibeli oleh tuan baru tersebut melalui jualan lelongan.

?Kat 52 dagen in een leeg huis?Deze arme kater heeft ruim 1,5 maand alleen in een woning in Schiedam gezeten?. De…

Posted by Dierenopvangcentrum Vlaardingen on Tuesday, August 24, 2021

 

Jadi, pemilik baru rumah tu pun hubungi pusat perlindungan haiwan Vlaardingen untuk selamatkan kucing malang tu. Setelah disiasat latar belakang pemilik rumah yang lama, rupa-rupanya dia dah menghilangkan diri sekitar Julai lalu dan kucing tu terpaksa hidup sendirian dalam rumah tu.

Ketika ditemui juga, pihak kebajikan haiwan tu tak jumpa kesan sama ada makanan ada ditinggalkan untuk kucing tu jadi, mereka pun tak pasti sama ada tuan kucing tu ada rancangan untuk datang ambil semula haiwan tu atau dia memang sengaja tinggalkannya di situ.

Namun, yang ajaibnya, walaupun tanpa makanan dan air, kucing tu dilihat mampu survive sebab dia nampaknya berjaya jumpa sumber air yang dipercayai dari paip rumah yang bocor.

Cat Struggle 2

Selain itu, kucing ni juga dipercayai telah makan kertas sebagai ganti makanan sebab doktor haiwan telah menemui cebisan kertas dalam najisnya. Namun, umur kucing ni juga masih panjang sebab ia boleh dikatakan berada dalam keadaan yang agak baik walaupun tak dapat makanan dalam tempoh yang agak lama

Menurut staf di pusat penjagaan haiwan itu juga, kucing itu akan diberikan kepada sesiapa yang berhasrat untuk menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. Kini, berat badannya juga dah semakin meningkat sebab dijaga dengan baik di pusat haiwan tu.

Agak-agak korang, apa sebenarnya yang berlaku dekat tuan kucing tu? 

Sumber: Oddity Central

Baca: Tuan Sentiasa D Rumah Ketika Pandemik COVID-19 Sebabkan Kucing Alami Stres – Pakar Haiwan

Cat Struggle 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.