in

“Kreatif dan sweet!” – [VIDEO] Siap Buat ‘Slide’, Netizen Puji Cara Unik Wanita Minta Izin Suami Untuk Pergi Berkelah

aa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kita dengar berkenaan kaum lelaki yang meminta izin isteri mereka untuk aktiviti bersama rakan-rakan, seperti main futsal, badminton atau menonton bola sepak di mamak. Tapi di Indonesia, lain pula ceritanya.

Uniknya, wanita ini menggunakan kaedah yang kreatif dan comel untuk meminta kebenaran suaminya pergi berkelah dengan rakan-rakannya.


Menerusi akaun Tiktok, wanita ini telah memuat naik video menunjukkan slide yang dibuat untuk dibentangkan kepada suaminya. Bukan main formal lagi! 

https://www.tiktok.com/foryou?_d=secCgYIASAHKAESPgo88bcIz0pTgQ7YiB%2Fgpum1y1fdaB8ptzhai2zuIYDtiedn73RXHL%2BJnYSJ%2BejBuc7Rp0RKrz3odTNL0YqxGgA%3D&_r=1&checksum=799521b31576c91750dfce0fb13bea56d87490e99ad28bcefbbcd24d02237d9d&is_from_webapp=v1&item_id=7006139463801769243&language=en&mid=7006139443715312411&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAK0pvgIVSmgUqgPvDn5SRxsWsf7wK9y28xNBA3iyOyZtDBJeILTzIQI_VLp4ACiUD&share_app_id=1180&share_item_id=7006139463801769243&share_link_id=dabbe107-0429-431b-9dcd-cdc4f52672c7&source=h5_t&timestamp=1634012126&u_code=dgm5k39k7gd8jd&user_id=6924311934956602370&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy#/@calonbinisolehot/video/7006139463801769243

Menariknya, slide yang bertajuk ‘Permohonan Perizinan Piknik’ tersebut turut disertai maksud dan tujuan perkelahan tersebut, juga lokasi dan latar belakang dua orang rakan yang bakal menyertai wanita itu.

Bukan tu je, wanita ini siap letak dokumen sokongan sijil vaksinasi Covid-19 lagi.

Di penghujung video tersebut, wanita ini turut sertakan tangkap layar dari group Whatsapp menunjukkan yang suaminya dah pun memberikan izin.

Dalam ruangan komen, difahamkan bahawa lokasi yang dipilih oleh mereka tidaklah jauh mana dari rumah wanita itu, namun dia menggunakan cara ini kerana suaminya dikatakan bersikap terlebih melindungi.

calon 2

Rata-rata netizen yang melihat video ini memang terhibur dan memuji cara kreatif yang digunakan wanita ini untuk mintak izin suaminya. Siap ada yang tag pasangan masing-masing lagi!

abcd

Comel jugak kan buat slide macam ni? Mungkin korang pun boleh try kalau pasangan korang jenis senang risau, kan?

BACA: Isteri Pelik Suami Hilang Di Rumah, Rupa-Rupanya Sedang Menangis Tonton Borutoboruto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.