Baru-baru ni, viral beberapa keping gambar menunjukkan ribuan cengkerik dikatakan telah ‘menyerang’ Kota Mekah dan Masjidil Haram yang memaksa pihak berwajib melakukan operasi pembersihan di sekitar bandar tersebut.
Penduduk kota suci bingung, serangga ganggu jemaah lakukan ibadah dan kerja seharian
Fenomena ini jelas-jelas sangat mengejutkan dan membuat penduduk di Kota Mekah bingung dengan situasi yang berlaku. Rata-rata netizen di sana jugak sempat berkongsi gambar serangga tersebut memenuhi kawasan sekolah, kedai-kedai dan turut mengganggu mereka yang sedang melakukan ibadah. Allah…
Menurut Dr. Jacky Judas, pengurus dan penasihat saintifik biodiversiti daratan di World Wildlife Fund (WWF), ini merupakan kali pertama fenomena tersebut berlaku serta pihak berkuasa juga telah melantik satu pasukan pembersihan khas untuk tangani masalah ini.
“Ini mungkin disebabkan satu kumpulan besar yang berjaya melepaskan diri dari satu kawasan tertutup, atau mungkin terdapat keadaan tertentu yang menyebabkan ia membiak dengan banyak,” kata Judas.
The ten plagues of #AlSaud reign: 🦗🦗🦗
Insects swarm #Islam's holiest mosque in #Mecca – #Yemen #Khashoggi pic.twitter.com/p3NZEfL47m
— Azmani Mouhieddine (@AzmaniMouhieddi) January 8, 2019
“Adakah ini bukti bibit kerosakan yang dibawa masuk ke Tanah Yathrib?”
Menerusi satu perkongsian di Twitter, ramai yang berspekulasi bahawa ‘serangan’ cengkerik ini merupakan petanda kepada kemunculan dajjal dan dunia akhir zaman. Seram pulak admin bila baca teori masing-masing.
Apa-apapun diharapkan kita janganlah terlalu percaya dengan teori dan spekulasi yang dinyatakan di atas. Semoga kejadian ini memberi kita peringatan akan kekuasaan Allah dan sentiasa kuat beribadah untuk lebih dekat dengan-Nya.
Baca: Allah Beri Peringatan Dengan Guruh Je, Semua Dah Seram