Dunia kini sedang berjaga-jaga dengan penularan wabak coronavirus yang dilihat semakin membimbangkan.
Angka terbaru yang dicatat pagi ini menunjukkan 80 orang dilaporkan terkorban ekoran wabak tersebut.
Memetik South China Morning Post, pihak berkuasa kesihatan China mengesahkan bahawa kes jangkitan coronavirus telah meingkat kepada 2,400.


Terbaru di Beijing, lima lagi kes jangkitan termasuk seorang bayi berusia sembilan bulan, manakala di Guangxi kanak-kanak berusia 2 tahun turut disahkan positif coronavirus, lapor Astro Awani.
Di Bandar Wuhan sahaja sebanyak 2,700 kes dilaporkan.
Setakat ini seramai lima juta penduduk meninggalkan bandar Wuhan pada Ahad manakala sembilan juta lagi masih berada di bandar Wuhan.”- Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang


Pegawai Kesihatan terlibat memberi amaran kepada masyarakat awam bahawa virus tersebut boleh tersebar lebih cepat dan kuat.
Difahamkan seramai 2,360 doktor dan jururawat ketenteraan dihantar ke Wuhan bagi membantu merawat pesakit.
Lebih membimbangkan bekalan didakwa tidak mencukupi kepada pengamal perubatan yang merawat pesakit sehingga memaksa mereka mengitar semula topeng muka yang dipakai.
Baca : Filipina Halau Balik Rakyat China, Russia Pula Gantung Penerbangan Dari Wuhan