in

“Korang pergi mampos jela” – Netizen Bengang Ada Pihak Paksa Bro Saddiq Letak Jawatan Sebab Gagal Bela Pekerja Foodpanda

Bro Saddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh satu negara pasal nasib pekerja Foodpanda yang dianiaya. Prihatin dengan nasib anak muda, Syed Saddiq tampil membantu dengan mengadakan perjumpaan khas di rumahnya bersama semua pekerja penghantar makanan ini.


Dialog Bersama Rider FoodPanda

Posted by Syed Saddiq Syed Abdul Rahman on Tuesday, October 1, 2019

Syed Saddiq juga berkata beliau akan membentangkan kepada kabinet mengenai masalah dihadapi. Bagaimanapun, Sekretariat Gabungan Anak Muda Malaysia telah menuntut Syed Saddiq untuk meletakkan jawatannya jika gagal membela nasib pekerja Foodpanda, lapor Sinar Harian.

 

Ganti jawatan Menteri Belia dan Sukan

Bukan itu saja, Muhammad Faizal Sufar selaku Pengerusi juga turut meminta pertimbangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melantik Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad bagi menggantikan jawatan Menteri Belia dan Sukan itu.

Letak Jawatan
sumber: sinar harian

Saya lihat tiada wakil anak muda dalam Pakatan Harapan (PH) boleh diangkat sebagai ikon namun Nik Nazmi lebih baik kerana pengalamannya dalam Angkatan Muda Keadilan.”

Bukan hanya isu Foodpanda, sebelum ini banyak janji ditabur oleh Syed Saddiq namun tidak nampak ia dilaksanakan.”

 

Foodpanda angkuh!

Syed Saddiq juga melalui Twitter menyifatkan Foodpanda sebagai angkuh kerana kenyataan yang dikeluarkan.

Keangkuhan bukan jalan penyelesaian. Hanya sokong korporat yang adil kepada pekerja & pengguna.”

 

Bro Saddiq respon, dah bincang di Kabinet

 

“Dah lah dia tolong buat kerja Menteri lain, lepas tu nak suruh letak jawatan?”

Ramai netizen naik angin kerana sikap segelintir masyarakat yang bersetuju mahu Syed Saddiq meletakkan jawatannya hanya kerana tidak berjaya membela nasib pekerja Foodpanda.

Menurut mereka, sudahlah beliau dengan sukarela nak bantu anak muda jadi takkan nak letak jawatan sebab tak berjaya buat kerja yang sepatutnya dibuat oleh Kementerian lain itu?

Netizen Bengang
sumber: twitter

 

Baca: “Jangan lupa bagi 1 star sebelum buang” – Netizen Lancar Kempen #UninstallFoodpanda & Trending Di Twitter

My Post 2019 10 08T155334.618

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.