in

“Korang dapat apa-apa update wife saya tak?” – Nadzmi Adhwa Luah Cemas, Belum Dapat Khabar Berita Ardell Aryana

nadzmi adhwa tidak tahu berita ardell

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan rasa cemas dan masih menanti perkembangan terkini isterinya, Ardell Aryana yang mengikuti konvoi Global Sumud Flotilla (GSF).

Menerusi hantaran terkini Nadzmi di laman Threads, dia memaklumkan kali terakhir mengetahui status isterinya adalah ketika sesi siaran langsung SOS pada awal pagi Rabu.


“Korang dapat apa-apa update tentang wife saya tak? Sebab saya masih dalam kebingungan ni,” tulisnya.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: “Rasanya dia buang telefon” – Yusuf Bahrin Bimbang Keadaan Zizi Kirana

Artikel berkaitan: “Misi kami aman, dilindungi undang-undang” – Aktivis Brazil Bantah Ancaman Isra*l Halang GSF

Sementara itu, menerusi sumber Berita Harian, pihak keluarga Nadzmi masih lagi menanti maklumat terkini Ardell.

“Allahuakbar ramai yang hubungi saya, tetapi, saya tiada jawapan. Maaf sangat-sangat. Memang kita pun sedang tunggu maklumat terkini.

“Saya pun dalam keadaan tidak stabil dan kalau boleh, kami cuba untuk merahsiakan perkara ini daripada ibu mertua kerana tak mahu dia bimbang,” katanya.

“Tiada khabar berita”

Difahamkan, Sumud Nusantara Command Centre telah menghubungi Nadzmi dan memintanya untuk datang ke pusat berkenaan.

“Sumud Nusantara Command Centre minta supaya waris Ardell berkumpul di pusat operasinya bagi bersama-sama memantau perkembagan terkini kapal dinaiki Ardell.

“Saya tidak tahu hendak gambarkan perasaan ketika ini. Dari jam 6 pagi sampai sekarang tiada langsung maklumat.

“Sekurang-kurangnya, pihak yang lain kita maklum mereka sudah ditahan. Tetapi Ardell, tiada khabar berita,” katanya yang kedengaran sebak.

Dalam nada reda, Nadzmi memohon orang ramai agar mendoakan keselamatan isterinya.

Kali terakhir Ardell berkongsi perkembangan adalah ketika kapal Mikeno yang dinaikinya mendapat serangan meriam air oleh rejim Zionis.

Sumber: Berita Harian, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.