in

“Korang buat apa kat atas tu?” – [VIDEO] Berani Betul! Viral Budak-budak Bermain di Atas Bumbung Apartment Setinggi 32 Tingkat

roof 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai kanak-kanak yang bosan duduk di rumah sebab tak boleh keluar ke mana-mana ketika penularan virus korona ni. Perkara ini bukan berlaku dekat budak-budak Malaysia je, kat negara-negara lain pun kena hadapi benda sama.

Namun, lain pula caranya sekumpulan kanak-kanak di China ini bermain untuk hilangkan rasa bosan sebab mereka panjat bumbung bangunan apartment 32 tingkat, lapor Shanghaiist.


roof 1

Video empat orang kanak-kanak bermain di atas bumbung itu telah tular di media sosial sebab ramai yang risau dengan keselamatan mereka. Kenapa lah tak main ramai-ramai kat playground je? 

Dalam video terbabit, dalam dilihat dua daripada mereka sedang berpegang pada tiang yang ada di atas bumbung untuk menyeimbangkan badan manakala dua lagi seperti cuba menggelongsor di bahagian bumbung yang agak cerun. Dorang ni takde rasa gayat langsung ke? 

roof 4

Bukan itu je, kesemua mereka juga dilaporkan bermain di situ selama lebih kurang 20 minit. Fuh, lama jugak tu. Kalau orang yang gayat, dua minit terus nangis sebab nak turun. 

Kita juga boleh tengok dalam video ada seorang daripada mereka yang memakai topeng muka. Mungkin dia nak elak dari dijangkiti Covid-19. Namun, dia lupa kot mask tu tak boleh protect dia dari terjatuh.

roof 2

Difahamkan, selepas video yang dirakam oleh penduduk sekitar tersebut tular, pihak polis juga telah ke tempat berlakunya kejadian untuk menasihati kesemua mereka. Ibu bapa juga turut diberi amaran agar sentiasa mengawasi anak-anak.

Korang boleh tengok video tersebut di Youtube.

Mungkin dorang bosan dah kot main kat taman permainan tapi jangan lah sampai nak gadaikan nyawa sendiri sebab malang tu kan tak berbau. 

Baca: “Sunatnya cuma 10 minit, menunggu sampai 3 jam” – Kanak-kanak Lari Panjat Bumbung Sebab Takut Kena Sunat, Lepastu…

roof

Sumber: Shanghaiist
Sumber: Youtube
Sumber: Shanghaiist

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.