in

“Kontena jenazah mencukupi, sapa nak masuk bagi nama”, Gurauan MB Kedah Dikecam Warganet

Cover 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menerima kecaman warganet selepas kenyataan beliau ketika menjawab soalan wartawan mengundang persoalan ramai.


Ketika ditanya oleh wartawan berkenaan status kontena jenazah, Sanusi menjelaskan bahawa kontena jenazah mencukupi untuk kegunaan hospital. Namun, gurauan beliau selepas itu yang menjadi kontroversi.

“Kontena jenazah mencukupi, sapa nak masuk bagi nama”

Ketika bilangan pesakit yang maut akibat Covid-19 meningkat saban hari, warganet menganggap gurauan ini sebagai sesuatu yang tidak patut berlaku.

Dapat perhatian ahli politik lain

Video tersebut tular dan mendapat perhatian ramai. Turut tidak terkecuali, beberapa ahli politik turut meluahkan rasa kurang senang dengan gurauan MB Kedah ini.

“MB Kedah memang selau bergurau”

Bagaimanapun, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Nurul Amin Hamid mempertahankan tindakan MB Kedah sebagai hanya satu gurauan dalam satu ciapannya.

Capture 3

Jelas Nurul Amin, MB Kedah ialah seorang yang suka bergurau dengan wartawan dan tiada niat untuk mempersendakan pesakit Covid-19. Bagaimanapun, difahamkan ciapan tersebut sudahpun dipadam selepas menerima kritikan orang ramai.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

 

BACA: “Kau ketawakan pula kesusahan dia” – MB Kedah Dikecam Teruk Buat ‘Prank Call’ Orang Susah, Ini Penjelasan Setiausaha

Wdwfss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.