in

“Kau ketawakan pula kesusahan dia” – MB Kedah Dikecam Teruk Buat ‘Prank Call’ Orang Susah, Ini Penjelasan Setiausaha

Mb Kedah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral hari ini di media sosial apabila Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor buat prank call kepada seorang pemanggil hotline PKOB daerah Kota Setar yang memohon bantuan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran.


Ia telah mengundang reaksi kurang senang netizen kerana bagi mereka ia seolah-olah mempersendakan golongan yang memerlukan.

 

Dedah maklumat peribadi, ketawakan orang kesusahan – Netizen

Berikutan itu, ia sebenarnya bukanlah seperti mana yang disangka oleh warganet, setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Muhammad Mat Yakim berkata, Muhammad Sanusi hanya bergurau kerana pemanggil tidak mengetahui bahawa beliau sendiri yang mengambil aduan tersebut. Lapor Sinar Harian.

Katanya lagi, ia telah disalah erti kerana ia  adalah karakter beliau yang mudah mesra dan sering bergurau.

Menuduh beliau ketawa atas sebab kemiskinan si pemanggil, itu keterlaluan. Memang menjadi kebiasaan beliau untuk bergurau dengan sesiapa sahaja ketika berkomunikasi,”

Tambahnya lagi, situasi itu mencuit hatinya kerana ketika penyamaran beliau ada kata ‘saya akan bagi tau Menteri Besaq’  sehinggalah akhirnya beliau berterus terang mengenai dirinya yang sebenar.

Malah, Muhammad juga menjelaskan sikap dan keperibadian Muhammad Sanusi memang seorang yang suka bergurau senda.

“Gemar bergurau dan tertawa, sikap beliau itu bukan dibuat-buat, ia antara pendekatan meredakan ketegangan dalam kita berdepan PKPD,” katanya.

Beliau amat menitikberatkan kebajikan orang miskin sehingga beliau melontarkan slogan mahu menjadikan Kedah ‘negeri tempat orang miskin berteduh, negeri tempat orang kaya berbakti’.

“Sebelum ini, banyak perhatian dan simpati diberikan terhadap orang miskin. Malah beliau sendiri pernah menitiskan air mata setiap kali bercakap mengenai kehidupan orang miskin, yang beliau lalui suatu masa dahulu,” katanya.

Tambahnya, sepatutnya usaha Muhammad Sanusi meninjau pusat hotline PKOB dan menjawab sendiri panggilan pemohon diberikan pujian, bukan isu remeh yang direka untuk memfitnah beliau.

 

Baca : “Ini adalah jalan terbaik” – Kedah Cadang Laksana PKPD di Kawasan Jangkitan Covid-19 Bagi Kluster Telaga & Sungai

Kedah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.