in

Konsert ‘UND3RGROUND’ Butterfingers, Hujan & Bunkface Laku Keras! Tiket Early Bird ‘Sold Out’

ft und3rground

Hitman Solutions selaku jenama penganjur acara terkemuka tanah air, bakal menggabungkan 3 nama besar industri iaitu Hujan, Butterfingers dan Bunkface dalam satu pentas sempena konsert ‘UND3RGROUND’. 

Konsert yang bakal menggabungkan 3 band indie terkenal ini akan berlangsung pada 2 Mac 2024 di Surf Beach Sunway Lagoon dan apa yang pasti, ia bakal menjadi satu acara yang akan menjadi bualan ramai. 

Untuk pengetahuan semua, konsert UND3RGROUND ini bakal berlangsung selama 3 jam di mana setiap band yang terlibat akan membuat persembahan selama 45 minit dengan lagu-lagu ‘hits’ masing-masing.

0 34130 AWSS33c8c2e6d 6caf 41a5 9b94 490b40dddec1 OpFO

Sempena pelancaran konsert berkenaan baru-baru ini, sebuah replika gitar gergasi setinggi 10 meter telah dijadikan ikon bagi mempromosikan konsert UND3RGROUND tersebut. Lebih menarik, replika itu juga bakal menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai ‘The Biggest Inflatable Guitar in Malaysia’. 

Apa yang pasti, konsert yang bakal diadakan ini bukanlah sekadar acara, tapi lebih kepada suatu pengalaman ‘indie’ yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dan buat kali pertamanya, 3 band ini bergabung untuk mengadakan konsert. 

Butterfingers

659cc64b0917657dd1457c2d Lineup Artis Butterfingers min

Boleh dikatakan sebagai ‘otai’ dalam scene indie, Butterfingers mula menjadi sebutan sejak kemunculan mereka pada tahun 1993. Pernah ‘berehat’ lama dari industri muzik, Butterfingers secara tiba-tiba membuat ‘comeback’ pada tahun 2023 dengan konsert Malayneum, 20 tahun selepas album ke-5 mereka itu dilancarkan. 

Tahun ini, Butterfingers bakal menghangatkan Surf Beach, Sunway Lagoon bersama Hujan dan Bunkface dalam konsert UND3RGROUND. Untuk para peminat yang rindukan mereka, pastinya korang jangan terlepas untuk saksikan persembahan mereka ini. 

Hujan

659cc64cb93e8578c123de29 Lineup Artis Hujan min

Hujan ialah sebuah kumpulan rock indie Malaysia yang ditubuhkan di Kuala Lumpur, pada tahun 2005.

Bermula dari situ, Hujan mula mengorak langkah dengan 2 album pertama yang sangat berjaya iaitu 1,2,3 Go! dan Check Check Rock Rock yang mana kemudiannya mereka keluar pula dengan album bertajuk ‘Hujan’ pada 2008. 

Walaupun kali terakhir mengeluarkan album pada tahun 2016, pastinya peminat-peminat hujan atau dikenali sebagai Raingers, tak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan band kegemaran mereka nanti. 

Bunkface

659cc64c8338a87f65545a25 Lineup Artis Bunkface min

Terkenal dengan genre punk-rock, Bunkface juga merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat muzik indie. 

Mula mengorak langkah dengan hit ‘Silly Lily’ yang mengungguli carta radio sebelum mengeluarkan single pertama berbahasa melayu bertajuk ‘Situasi’ dan kemudian mula mendapat tempat dalam kalangan peminat muzik dan memenangi beberapa buah anugerah. 

Buat pertama kalinya, ketiga-tiga band yang bermula sebagai band indie ini bakal berkongsi satu konsert yang pastinya akan menggamit memori mereka yang gemar ke ‘gig’ pada waktu dulu dengan skala yang lebih besar! 

Tiket Early Bird ‘Rockzone’ Dah ‘Sold Out’ 

Kalau nak diikutkan, tiket sudahpun mula dijual pada 11 Januari lalu dan ada 3 kategori berbeza yang ditawarkan iaitu, Rockzone, Mosh Tix dan juga Vibers Pit. Kalau tengok laman web, memang tiket fasa early bird Rockzone yang dijual dengan harga RM149 dah ‘sold out’. 

Screenshot 2024 01 16 121356

Tapi jangan risau, masih ada jualan untuk tiket fasa pertama dengan harga RM199 dan fasa ke-2 dengan harga RM249.

Kalau korang nak untung dan pengalaman lebih best, dapatkan tiket Mosh Tix (RM299) atau Vibers Pit (RM499) yang mana, pembeli kedua-dua kategori ini ada kelebihan tersendiri seperti yang tertera : 

UG 3 horz

Korang juga boleh dapatkan pelbagai merchandise menarik yang bakal dijual di konsert tersebut tau! 

0 34130 AWSS38b7fb20d da27 49b7 905a b440b0df0739 KCE5
Tiket-tiket ke konsert UND3RGROUND – BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE boleh didapatkan di sini

Sumber: UND3RGROUND