Semenjak pempengaruh makanan Khairul Aming melancarkan pembukaan restoran miliknya, tidak dinafikan semestinya akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba ambil kesempatan untuk scam segelintir orang yang teringin untuk ke sana.
Namun, dalam banyak-banyak kes orang kena scam untuk ke Rembayung, kes ini yang boleh dikatakan agak epic! Sampaikan ramai netizen terhibur apabila melihatnya.
Artikel berkaitan : Pelanggan Datang Jauh Dari Taiping, KA Papar Situasi ‘Live’ Di Restoran Rembayung
Artikel berkaitan : Ada Dakwaan Konon Ramai Batal ‘Booking’ Rembayung Sebab Khairul Aming Di Langkawi, Ini Respon Empunya Badan
Kena tunjuk QR sebelum masuk Rembayung

Menerusi perkongsian Threads, seorang lelaki kongsikan perbualan yang dia membeli tiket daripada seseorang untuk ke Rembayung, dikatakan lelaki ini telah membayar kepada ‘penjual’ tersebut.
Namun begitu, dia menyedari bahawa dirinya telah diperdaya dan menunjukkan gambarnya berada di kawasan luar restoran tersebut.

Ia sekaligus membuatkan ramai netizen terhibur kerana tiket dan platform yang terpapar merupakan tiket konsert yang telah disunting.
Bila ditanya netizen mengenai tindakannya yang tidak selidik dahulu sebelum membeli, lelaki itu menyelaskan bahawa dirinya terlalu teruja.

Sumber : Threads
