Bekas isteri kepada Chazynash, Fatin Morat akhirnya tampil memberikan penjelasan selepas mendakwa wujud pelbagai spekulasi dan tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya sejak kebelakangan ini.
Menurut Fatin, selama ini beliau memilih untuk berdiam diri demi menjaga keadaan dan nama semua pihak, namun merasakan perlu bersuara apabila timbul dakwaan kononnya beliau tidak bersyukur.
Artikel berkaitan: “Korang ke yang tolong bank-in duit?” – Chazynash Tepis Dakwaan Culas Bagi Nafkah Anak, Tanggung RM8,200 Sebulan
Artikel berkaitan: Chazynash Perjelas Dakwaan Dikatakan Curang, Kenal ‘Orang Baru’ Beberapa Bulan Lepas Cerai
View on Threads
Berhubung isu mutaah berjumlah RM100,000, Fatin menjelaskan bahawa jumlah tersebut merupakan hasil persetujuan bersama antara mereka dan sebahagian daripada simpanan yang dikumpulkan sepanjang tempoh perkahwinan. Tegasnya, beliau tidak pernah menuntut harta sepencarian.
“Perkara selebihnya biarlah menjadi urusan saya dan Chazy sahaja,” katanya.
Mengulas mengenai isu nafkah anak-anak, Fatin berkata penjelasan perlu dibuat bagi mengelakkan salah faham, khususnya berkaitan dakwaan jumlah RM8,200 yang tular sebelum ini.
Menurutnya, jumlah tersebut bukanlah diterima secara tunai, sebaliknya melibatkan komitmen anak-anak yang telah dipersetujui sejak sebelum perceraian lagi. Ia merangkumi kos rumah yang didiami bersama anak-anak, insurans, bil utiliti, keperluan harian, yuran tuisyen serta transit memandangkan anak-anak mereka bersekolah Cina dan memerlukan bantuan guru bagi kerja sekolah.
Fatin menegaskan bahawa tiada satu sen pun daripada jumlah nafkah tersebut digunakan untuk keperluan peribadinya.
Dalam kenyataan sama, Fatin turut menyatakan penghargaan terhadap Chazynash yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak-anak mereka.
“Sebagai seorang Muslim, Chazy telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dan saya bersyukur akan perkara itu,” katanya.
Fatin turut merayu agar orang ramai menghentikan spekulasi serta kecaman, termasuk terhadap adiknya yang didakwa telah melakukan yang terbaik sebagai seorang ahli keluarga.
Mengakhiri kenyataan, Fatin memohon doa dan kata-kata semangat agar beliau terus kuat untuk bangkit semula, sambil menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang memahami serta menyokongnya selama ini.
Sumber: Threads
