Seorang isteri membuat satu hantaran yang memilukan rakyat Indonesia terhadap nasibnya yang diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga. Dia mendapat khabar bahawa suaminya terkorban dalam satu kebakaran di Glodok Plaza dekat Jakarta Barat baru-baru ini.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, dia dimaklumkan oleh suaminya yang kononnya lelaki itu mahu bekerja di luar kawasan iaitu di Surabaya beberapa hari sebelum tragedi itu berlaku.
Artikel berkaitan : Walaupun Bekalan Air Terhad, Ada Sebab Kenapa Bomba Tak Gunakan Air Laut Untuk Padam Kebakaran di LA
Artikel berkaitan : Dikenali Sebagai Fire Tornado, Pusaran Api Muncul Ketika Kebakaran Di Los Angeles
Lebih hiba lagi, rakan sekerja suaminya mendedahkan kepadanya bahawa suaminya itu berada di pusat karaoke di lokasi kebakaran tersebut bersama wanita lain.
“Salah seorang mangsa kebakaran adalah suami saya. Padahal tiga hari lalu dia minta izin kepada saya ada kerja di Surabaya, tapi petang tadi saya dimaklumkan rakannya yang suami berada di sana bersama wanita lain.”
@majoritiofficial Jangan… tipu…. isteri… beritaditiktok trendingnewsmalaysia benua surabaya indonesia glodokplaza jakartabarat
Kepiluan wanita ini yang terpaksa menerima hakikat bahawa suaminya bukan sahaja meninggal dunia, tetapi telah mengkhianati kepercayaannya ini telah mengundang sebak netizen.
Biarpun video tersebut telah dipadamkan dalam perkongsian asal, sumber melaporkan bahawa ramai bersimpati dengan nasib wanita ini.
@akusuka575 Mau bagaimana pun kmu ttp suamiku🥹ayah dari anakku🫠
Bagaimanapun, kesahihan cerita ini masih belum dapat dipastikan kerana masih belum ada pengesahan rasmi mengenai identiti mangsa yang maut dalam kebakaran di Tiyara Karaoke di Glodok Plaza itu.
Namun begitu, wanita ini ada kongsikan hantaran lain menjelaskan bahawa dia reda dan terima hakikat kerana mangsa tetap suaminya dan ayah kepada anak-anaknya.