Memang betul lah apa yang dikatakan kalau masa mengandung memang pasti akan terkenan dengan apa yang dilakukan oleh ibu, dapat lihat sendiri dengan apa yang berlaku dekat seorang anggota polis ini.
Gara-gara si isteri suka tengok Running Man masa tengah mengandung, pasangan ini menimang cahaya mata yang mirip orang Korea.
Hari-hari tengok Running Man
https://www.tiktok.com/@bapaknsuami0rang/video/6933012261439163650?sender_device=pc&sender_web_id=6897105874411668993&is_from_webapp=v2&is_copy_url=0
Disebabkan video yang dikongsikan di TikTok itu viral di platform media sosial yang lain, ada mula tinggalkan komen-komen kurang enak apabila ada netizen yang berprasangka buruk terhadap isteri lelaki ini.
Ada yang mendakwa bahawa isteri kepada polis yang dikenali sebagai Azirul ini mengandungkan anak orang lain. Haih dengki tu dah satu, boleh pula nak bagi komen biadap.
Komen seperti orang yang tak ada otak dan tak ada agama, apa yang diaorang cuba nak sampaikan kat sini sepertinya isteri saya berzina dengan orang lain.”
Sebagai seorang bapa, sudah semestinya Azirul terguris dengan komen-komen yang tiada moral itu. Di situ, Azirul juga ada kongsikan beberapa komen tersebut, geleng kepala bila baca weh.
Tengok video ini.
https://www.tiktok.com/@bapaknsuami0rang/video/6934970257039756546?is_copy_url=0&is_from_webapp=v2&sender_device=pc&sender_web_id=6897105874411668993
Disebabkan itu, Azirul juga mengatakan dia tak akan teragak-agak untuk menyaman mereka yang memberikan komen tersebut.
“Dekat saya ada lagi 20 lebih ke 30 bukti page ataupun profile, saya beri tempoh sehingga 5 haribulan Mac, 5 hari sahaja jika tidak saya akan buat laporan polis kerana bukti sudah ada dan saya tak teragak-agak nak menyaman kerana ini telah membuatkan saya marah dan keluarga saya tercalar.”
https://www.tiktok.com/@bapaknsuami0rang/video/6934707282852777217?is_copy_url=0&is_from_webapp=v2&sender_device=pc&sender_web_id=6897105874411668993
Baca : “Ini semua fitnah!” – Isu Perlekeh Golongan B40 Dan M40 Dalam Instagram, Vivy Yusof Saman Netizen