in

Koleksi K-Pop Anak Dibakar Tanpa Izin, Ramai Persoal Tindakan Bapa Remaja Ini

Cover 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam meminati selebriti. Ada yang menghafal lagu, dan ada juga yang mengumpul koleksi barangan yang berkaitan dengan selebriti tersebut.


Hampir setiap orang akan melalui fasa ini dalam kehidupan dan dikira bertuah jika minat ini disokong oleh ahli keluarga.

Bapa bakar koleksi K-Pop

Baru-baru ini, tular sebuah video di Tiktok yang dimuat naik oleh seorang wanita yang memaparkan anaknya terkedu dan menangis selepas melihat koleksi barangan K-Pop miliknya dibakar bapanya tanpa diminta izin.

Menerusi video yang berdurasi selama 1 minit 27 saat itu, jelas reaksi wajah remaja itu kecewa dan sedih apabila koleksi kesayangannya dibakar meskipun ia dibeli dengan duit sendiri, hadiah daripada rakan dan juga hasil tangannya sendiri.

1 1 2

2 2 1

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh ibu remaja tersebut yang dikatakan tidak menyokong tindakan suaminya yang membakar koleksi K-Pop anak mereka tanpa berbincang terlebih dahulu.

Warganet tak setuju

Video ini ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai pihak. Rata-ratanya berpendapat ibu dan bapa remaja tersebut perlu memikirkan perasaan anak dan kesan tindakan mereka yang mungkin akan merosakkan kepercayaan anak kepada keluarga.

3 2 1

Ada juga yang berpendapat mereka tidak akan terkejut jika remaja itu lebih memilih untuk tidak berkongsi perasaan dan memendam daripada berkongsi cerita bersama keluarga.

Selain itu, ada juga beberapa warganet yang berkongsikan pengalaman serupa yang dihadapi semasa remaja apabila koleksi minat mereka dibuang dan dibakar oleh ibu bapa. Rata-rata dengan alasan yang sama, ibu dan bapa beranggapan minat itu akan mengganggu pelajaran dan minda.

A

B

C

Apa pendapat anda tentang isu ini?

BACA: Rosakkan Anak Muda Korea Utara, Kim Jong-Un Gelar K-Pop Sebagai Barah

Capture 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.