in

Klinik Gigi Di JB Derma RM1 Juta Untuk Tabung Harapan!

Dfzcvezu8Aagsyu1 E1528703626218

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam tak sangka pulak kan? Baru saja 2 minggu Tabung Harapan Malaysia (THM) ditubuhkan, kita dah lihat rakyat daripada pelbagai latar belakang bermurah hati untuk derma apa yang mereka mampu demi mengurang hutang negara yang kini bernilai RM1 trilion.


Dengan kutipan mencecah lebih RM56 juta (buat masa ni), kempen ni tak ada tanda-tanda akan pupus ditelan masa dan bilangannya akan terus meningkat dari hari ke hari. Malah baru-baru ni (11 Jun), sebuah klinik pergigian di Johor Bahru, Amim Dental Surgery telah menderma sebanyak RM1 Juta ke THM dengan disaksikan pemimpin DAP, Lim Kit Siang, lapor WORLD OF BUZZWaaa!

Giphy 1 1

Berita mengenai sumbangan ni telah dimuat naik Kit Siang sendiri di laman Twitter yang mana dia dilihat memegang sebuah mock cheque dengan dikelilingi 20 staf dari klinik tersebut.

“Menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM1,000,000.00 daripada Klinik Pergigian Amim ke Tabung Harapan di Skudai hari ini,” tulis Kit Siang.

Rakyat Malaysia kini bersemangat menjalankan tanggungjawab mereka membantu negara di dalam kesusahan. Dalam misi menyelamatkan negara, kita semua utamakan Malaysia!”

Dfzcvezu8Aagsyu E1528702796346
sumber: wob 
Dfzcvezueam07Hd E1528702784397
sumber: facebook

Dalam pada tu, 42 ahli Parlimen DAP juga akan menderma lebih RM210,000 kepada THM, yang mana setiap ahli Parlimen akan derma RM5,000 dan yang lain-lain yang akan menderma lebih daripada amaun tersebut demi mengurangkan beban negara melalui krisis ini.

“Tabung Harapan Malaysia bukan saja merealisasikan impian rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia – ia merupakan satu manifestasi semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia dari semua rakyat tak kira bangsa, agama, daerah dan saya harap dari segi politik juga,” tulis Kit Siang.

Tambahnya lagi, “Inilah sebabnya saya tanya sama ada UMNO/BN akan buat apa-apa sumbangan tak kepada Tabung Harapan Malaysia.” 

Terharu tengok sokongan dan semangat yang diberikan rakyat Malaysia. I love you negaraku! 

Baca: Hati-hati Tabung Harapan Palsu!

Thm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.