in

Hati-hati Tabung Harapan Palsu!

Faker

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam anda semua ghairah nak menderma untuk negara demi membayar hutang yang ditinggalkan kerajaan lepas, hati-hati takut termasuk ke tabung derma yang palsu!


Menurut The Star, tiba-tiba muncul beberapa poster yang menunjukkan nombor akaun Tabung Harapan Malaysia (THM) palsu yang kini viral di media sosial. Apa yang mengejutkan ialah poster tersebut jugak kelihatan hampir serupa dengan poster rasmi THM dari Kementerian Kewangan. Alamak!

Faketabungharapan
sumber: the star

Pun begitu, poster yang viral ini menggunakan nombor akaun palsu atas nama Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Akaun rasmi THM bernombor 5660 1062 6452. Penama kepada akaun ini pula ialah “Tabung Harapan Malaysia”. Check betul-betul gaiss! 

Tabung
sumber: the star

Tabung ini hanya menerima derma dari matawang ringgit sahaja. Bagi mereka yang tersalah derma, anda bolehlah rujuk hal ini ke balai polis berdekatan.

Make sure double check sebelum derma ye! 

Baca: Tun M Lancar Tabung Derma Bantu Negara

Tun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.