in

KKM Panggil Balik 14 Produk Ubatan Ini Kerana Berisiko Untuk Mengancam Nyawa

Ubat Batuk Kkm Tarik Balik 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai antara kita akan pilih minum ubat batuk yang didapati dari klinik mahupun farmasi apabila mengalami gejala batuk.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), telah membatalkan pendaftaran dan mengeluarkan arahan panggil balik ke atas semua produk ubatan berdaftar yang mengandungi pholcodine.

Pholcodine merupakan sejenis ubat bagi mengawal dan menghentikan batuk jenis kering di dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak.

Pexels Cottonbro Studio 5858832

Ia susulan terdapat risiko keselamatan dikesan iaitu risiko terjadinya anafilaksis (reaksi alahan teruk dan mengancam nyawa) dengan penggunaan ubat pengendur otot (muscle relaxant) atau neuromuscular blocking agents (NMBAs) semasa proses pembiusan umum (general anaesthesia).

“Terutamanya kepada mereka yang pernah mengambil ubat yang mengandungi pholcodine dalam tempoh 12 bulan lalu,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan itu.

14 produk ubatan dibatalkan pendaftaran di Malaysia

Memetik kenyataan Public Health Malaysia (PHM), keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan bahawa tiada langkah meminimumkan risiko yang sesuai boleh diambil untuk mengurangkan risiko tersebut.

Selain itu, sukar untuk mengenal pasti populasi pesakit yang mengambil pholcodine secara berlebihan.

Image 24

Justeru, semua syarikat Pemegang Pendaftaran Produk bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada farmasi komuniti dan klinik-klinik yang dibekalkan dengan produk tersebut untuk berhenti menjual dan memastikan produk dikuarantin sebelum dipulangkan semula kepada pembekal.

Orang ramai boleh mencari alternatif ubat batuk kering seperti produk yang mengandungi dextromethorphan dengan terdapat lebih 40 produk mengandungi dextromethorphan dalam bentuk tunggal dan kombinasi ubat lain yang berdaftar dengan PBKD.

Nampak ada ubat batuk yang ramai guna turut dalam senarai ditarik balik tu…

Baca: Ramai Alami Batuk & Selsema, Ini 3 Fakta Tentang Influenza Yang Korang Kena Tahu

Page Influenza

Sumber: Pexels
Sumber: kpkesihatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.