in

KJ, Nur Jazlan Pengampu Tegar Najib – Khairuddin

Page Khai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru je beberapa hari lepas Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, suami kepada pelakon Umie Aida membuat laporan terhadap 1MDB kepada FBI. Kali ni, dia bersuara lagi tapi untuk membidas dua pemimpin UMNO.


Menurut Free Malaysia Today, Khairuddin menulis di Facebook miliknya menggelar Khairy Jamaluddin dan Datuk Nur Jazlan Mohamed “berotak udang” dan “bercakap banyak” selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditumbangkan dalam PRU14.

Khairuddin Abu Hassan
sumber: blog

Selain itu, beliau menyifatkan kedua-dua pemimpin UMNO tersebut sebagai “pengampu tegar” semasa kepimpinan Najib. Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH) itu juga berkata tindakan mereka hanya menunjukkan yang mereka sememangnya tidak boleh dipercayai dan mengatakan hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.

“Inilah dasar manusia hipokrit! Bila bos dah jatuh tersungkur mereka baru berani cakap banyak untuk dapat publisiti murahan!! Kalau jumpa ular tedung dengan Nur Jazlan serta Khairy Jamaluddin, sila palu kedua-dua mereka terlebih dahulu!!” 

Hal ini merujuk kepada temubual KJ pada minggu lepas yang mendedahkan penyesalannya kerana tidak memberitahu perkara sebenar kepada Najib tentang akar umbi menolak UMNO selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal disingkir kerana bercakap tentang 1MDB.

Kj
sumber: wob

Sementara itu, Nur Jazlan juga tiba-tiba bersuara dan mendedahkan Najib enggan letak jawatan sebagai Presiden UMNO selepas kekalahan besar parti tersebut dalam PRU14 dan hanya letak jawatan selepas dipaksa.

Jazlan
sumber: blog

Khairuddin juga membandingkan tindakan yang diambilnya dengan tindakan mereka berdua selepas menerima maklumat mengenai skandal 1MDB.

“Kita tak perlu beretorik!! Saya tak cakap banyak pun!! Cuma terus buat laporan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara!!”

Beliau juga menceritakan tindakan yang sanggup diambilnya berbeza dengan tindakan KJ dan Nur Jazlan yang pada masa itu kuat membela Najib.

“Bila pihak penguatkuasa undang-undang tak berani bertindak ke atas Najib, maka saya terbang ke Singapura, Hong Kong, Perancis, Switzerland, United Kingdom dan Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat untuk membuat laporan kemungkaran Najib!!”

Satu persatu didedahkan.

Baca: Lapor 1MDB ke FBI

Pout

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.