Selepas insiden ‘cucuk angin’ berlaku di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV), sepertimana yang kita tahu, bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin telah membenarkan penerima vaksin untuk membuat rakaman semasa mendapatkan suntikan.
Walau bagaimanapun, kecoh baru-baru ini apabila seorang pengguna Twitter, @winraffm memuat naik video bahawa dia dihalang daripada merakam video ketika menerima suntikan tersebut.
Punya la happening nurse tu layan siap bagi record . Datang sorang pegawai ni tutup camera alasan KJ dah letak jawatan . biadap 😌 nasib record memang saja nak bagi family je pic.twitter.com/jdUdiTi5HC
— healer 🐼 (@r4ff4el69) August 25, 2021
Menurut lelaki terbabit, dia pada awalnya telah dilayan dengan baik oleh jururawat yang bertugas sehinggalah seorang pegawai kesihatan datang menghalang rakaman itu.
Alasan yang diberikan pegawai tersebut ialah dia tidak boleh merakam proses berkenaan kerana Menteri PICK, Khairy Jamaluddin telah meletak jawatan. Aik??
Tak boleh rakam, KJ dah letak jawatan. KKM punya prosedur tak boleh merakam,” kata pegawai tersebut.
“KJ letak jawatan tetiba procedure pun hilang ke?”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut bersimpati dengan nasib lelaki terbabit dan pada masa yang sama tertanya-tanya adakah polisi seorang menteri itu terbatal selepas dia meletak jawatan.
Walau bagaimanapun, ramai yang menganggap perbuatan merakam terbabit tidak salah kerana perakam tidak memaparkan wajah jururawat yang bertugas.
Pun begitu, sehingga setakat ini tiada arahan lanjut yang dikeluarkan pihak berkuasa untuk menghalang penerima vaksin merakam di PPV. Malah masih ada juga PPV yang membenarkan penerima merakam proses suntikan vaksin.
Apa-apapun pasti ada sebab kukuh mengapa pegawai kesihatan itu tidak membenarkan penerima vaksin merakam proses suntikan tersebut. Jadi kita tunggu sajalah penjelasan yang seterusnya.