Zaman sekarang ni, memang ramai betul orang jumpa jodoh melalui dalam talian je. Ye lah, segalanya di hujung jari kan?
Bukan tu je, banyak juga orang yang cuba nasib dengan iklankan diri untuk cari jodoh. Manalah tahu ada yang berkenan dan kena pulak dengan ciri-ciri yang dicari.
Macam baru-baru ni, seorang wanita telah kongsikan posting di grup Facebook Viral Sensasi Malaysia menyatakan niatnya untuk mencari jodoh.
“Nak suami boleh madukan kitorang”
Apa yang menariknya, wanita ini turut mengatakan yang dia nak cari lelaki yang boleh madukan dirinya dan kawan baiknya. Uish siap offer package!
Kalau boleh nak suami boleh madukan kitorang sbb kitorang kawan baik dan tak kisah.”
Menerusi info yang dikongsikan, kedua-dua wanita ini berumur 31 dan 27 tahun. Wanita berumur 31 tahun itu merupakan ibu tunggal dari Terengganu dan mempunyai pekerjaan sendiri. Manakala rakannya itu pula wanita bujang dari Kelantan dan mempunyai kedai dobi sendiri. Bukan kaleng-kaleng.
Mencari seseorang yang menerima diri kami ini seadanya.. kalau tak boleh yang nak 2-2 pun tak pe. Kami hanya mencuba kalau ada boleh terima kami.”
Untuk pengetahuan korang, posting ini telah pun mendapat lebih 3,000 tanda suka, 6,000 komen dan 1.4k perkongsian di Facebook.
Namun begitu di ruangan komen ada netizen yang meluahkan rasa kurang senang mereka dengan pemakaian dua wanita ini yang dianggap kurang sopan tak kurang juga yang mendoakan agar mereka menemui jodoh.
Apa apa pun min puji sikap berani dorang dan doakan agar dorang dapat jodoh yang baik…
Baca: Cari Jodoh Punya Pasal, Sanggup ‘Iklankan’ Diri Di Billboard Sampai Buka Website Sendiri